Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Friday, October 24, 2008

Tips Final exam...

Sekarang musim exam, macam-macam ragam ada,mesti ada yang stress, ada yang sakit atau demam exam, ada yang termenung,ada yang menyesal dan ada yang macam-macam lagi, namun tidak dilupakan kepada yang gembira dengan exam ni, ada yang exited, ada yang tenang, ada yang xsabar nak masuk dewan peperiksaan..pendek kata, manusia ni dikurniakan sifat yang pelbagai, dan dengan isu Exam ni saje sudah mampu menjadikan manusia menunjukan sifat mereka yang ada dalam diri mereka...pokoknya disini, semua ni berkaitan dengan otak kita...macam mana kita hendak mengawal diri kita...
So, sempena exam ni, kongsi-kongsi motivasi......tips untuk penjagaan otak dari Tony Buzan.
1-Pembelajaran sepanjang hayat.(Life-long Learning): Tony Buzan berkata, otak tidak pernah ‘pencen’. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

2. Merangsang indera (Sensory Stimulation): Ramai yang memandang, tetapi tidak melihat, ramai yang mendengar, tetapi tidak meneliti. Ramai yang menyentuh, tetapi tidak merasai. Ramai yang merasa, tetapi tidak mengecapi. Dan ramai yang bercakap, tetapi tidak berfikir. Hayati maklumat yang diterima oleh pancaindera, dan rangsanglah setiap deria anda!

3. Persahabatan-perhubungan-cinta-kasih: Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda!

4. Oksigen: Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup. Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Tony Buzan menyebut, badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat (seperti pernah ku dengar kata-kata ini, tetapi di mana ya?).

5. Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat. Good food = good brain. Junk food = Junk brain!. Itu kata Tony Buzan. Jaga pemakanan yang benar-benar berzat dan baik untuk otak. Bagaimana pula dengan fast food? Fast brain?

Ada lagi beberapa tip yang menarik. Jika ada keluangan, saya akan kongsikan dengan anda semua.Selamat bejaya buat semua..kalau anda yakin dengan hidup anda, anda akan berjaya..jumpa lagi

Sunday, October 19, 2008

AGM maaruf club


(bersama x-cPresident Maaruf Club Ridwan Bakar selepas AGM)
(bersama wakil PMI UM-timbalan presiden PMIUM)

Salam, Alhamdulillah, akhirnya selamat juga saudara Ridwan Bakar dan sahabat-sahabat pada AGM maaruf club tempoh hari. Satu penantian yang betul-betul mencabar mental dan fizikal selama satu tahun pemerintahan mereka, walau apa pun, saya selaku sahabat mengucapkan syabas kepada mereka terutama akhi Ridwan kerana telah berjaya menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik..Syabas...
Mungkin ini adalah satu permulaan bagi kita yang bergelar mahasiswa yang masih lagi di dalam proses belajar,mengajar dan di ajar mengenai erti hidup ber"society".Walau apa pun, Pengalaman di uia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dimana-mana, dan ianya satu perkara yang cukup bermakna bagi saya sendiri...Man khafa sukut..laa yakumu abadan....
sebelum berpisah buat seketika.......saya menjemput semua pembaca-pembaca blog ini untuk datang ke :
Anual General Meceting EMSS
Ibnu Taimiyah, level 3. Kuliyah of Economy.
8 malam
20 Oktober 2008

Thursday, October 16, 2008

lagi lagi raya




Darulsalam, Pusat perubatan Islam di Gombak.....

nak dijadikan cerita...

c



(sekitar open house di Kuala Lumpur...di rumah Dato' Kamarudin Bukit Damansara)

Monday, October 13, 2008

Datuk seri ?

Begini, menurut Ketua Menteri Melaka penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas. Soalan pertama saya, mengapa setelah beberapa tahun, baru inilah Melaka "tergamak" menganugerahkan gelaran Datuk tersebut? Adakah ini 'mungkin' semua hanya satu benang basah yang ditegakkan untuk menyelamatkan air muka seorang pembesar dan isterinya yang memang menggilai Shah Rukh Khan? Datuk Seri perlu lebih telus memandangkan ini musim pemilihan. Mengapa tidak pelakon lain diberi anugerah yang sama, kerana bukan Shah Rukh Khan seorang sahaja yang dapat dihujahkan mewakili filem tersebut. Filem itu turut dilakonkan oleh (Datuk) Juhi Chawla, (Datuk) Jackie Shroff, (Datuk) Nirmal Pandey, (Datuk) Dilip Joshi, (Datuk) Akash Khurana, (Datuk)Sahila Chadda dan (Datuk) Suresh Chatwal. Mengapa pula pengarah filem ini Shashilal K. Nair tidak didatukkan, mengapa produsernya Nazir Ahmed tidak didatukkan, mengapa kumpulan penulisnya yang saya kira (mungkin) bertanggungjawab memilih latar Melaka iaitu Sanjay Chhel, Raaj Kumar Dahima dan Manoj Lalwani tidak didatukkan. Mengapa Shah Rukh Khan seorang? Tidakkah ini mennjukkan ada kegilaan tersendiri yang tersembunyi di sini?Datuk Seri, Shah Rukh Khan yang dilahirkan di Jasin, Melaka (nota: sila kemaskinikan fakta anda) pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini dan menurut Datuk Seri, tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi. Jika Datuk Shah Rukh Khan datang menerima anugerah tersebut kelak, bolehkah Datuk Seri Mohd Ali yang kini sedang meniti harapan mendapat lebih pencalonan dalam pertandingan partinya berada dalam zon selamat kerana isu ini? Tambah-tambah penganugerahan yang sedang diketawakan oleh pesaing Datuk Seri ini didakwa oleh Datuk Seri sebagai: "adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang".Apakah benar gelaran 'Datuk' tersebut dapat mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh kerana filem tersebut telah pun ditayangkan sejak 2001, sudah tujuh tahun berlalu maka tentulah Datuk Seri dapat membuktikan sejak tujuh tahun lalu, dan mungkin tujuh tahun mendatang pendapatan negeri Melaka telah dan bakal terus bertambah ekoran filem tersebut. Sila bentangkan kepada rakyat Melaka bukti kira-kira yang telah dan mungkin terus dijana.Soalan kita kini sejauh manakah bukti, dalil, dan kenyataan serta fakta yang menunjukkan "bintang" tersebut telah (atau kelak dapat) membawa "keuntungan balik" yang didakwa. Adakah sebarang kajian yang dapat membuktikan, oleh kerana sebuah filem tersebut, dengan beberapa minit gedik dan gelek punggungnya di A Famosa telah menarik berbillion ringgit, atau telah menarik berjuta pelancong dari India (atau seluruh dunia) ke Melaka? Ini kerana untuk makluman Datuk Seri, seorang pengulas di IMDB.com telah menulis begini:One two ka four is quite simply the most atrocious,hacknyed,and forgettable film i have ever seen.First of all,not only does this film heavily "borrow" from other western films,it displays absolutely no originality.This film was sheepishly contstructed,and obviously very little time and effort was put into this project.Anyone can easily find errors in continuity and realism. One need look no further than the opening action scene as an example,where a criminal who is dead,is shown in one shot to have his hands on his chest,and in another angle shot, rest his hands on the ground! This just scratches the surface of all the improbabilities of this film.The script is a hash of cliches and fails miserabley to develop any of the one-dimensional characters. The villian "KKV" deserves particular recognition for poor acting,as he is far too cartoonish and unbelievable. The music just seems odd and always out of place. Overall,even by Indian standards,One two ka four is a very poorly made film. For anyone who has seen the film,this thought should be amusing for you: what would happen if a film like one two ka four was made in Hollywood?Dengan ulasan sebegitu buruk, apakah mungkin ia benar-benar menarik minat dan membantu membawa keuntungan kepada Melaka? Mengapakah pengulas di atas tidak pun terpesona dengan latar A-Famosa (atau latar lain) seperti yang didakwa, adakah ulasan yang buruk untuk filem ini tidak menjejaskan misalnya "keuntungan balik" yang dijangkakan?Tahukah Datuk Seri, penggemar filem Hindi antara lain menyebut: 'One Two Ka Four' is strictly ordinary. It doesn't jar, but then it doesn't offer anything concrete or novel on sale either.Tidakkah pandangan sedemikian serasa tidak menolong hujah Datuk Seri bahawa: “Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit, Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh.”Tidakkah hujah Datuk Seri di atas amat menyedihkan sekali?Datuk Seri, perbuatan menganugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah sama buruknya dengan perbuatan memberi penyapu kepada pegawai negeri. Sama kerana ia tidak dapat dihujahkan dari segi adab, malah menunjukkan orang Melaka yang kahau tetapi halus telah dibiadabkan sedangkan mereka tidak begitu.'Kehebatan' tamadun Melaka memang luar biasa. Datuk Seri dapat merujuk IKSEP tentunya. Ketika titik kegemilangannya, Melaka adalah muara tamadun yang mementingkan kesantunan budi, keluhuran berbahasa, kecemerlangan ilmu dan kekayaan budayanya. Hatta salah seorang wali songo datang mencari ilmu di pondok Pulau Upih!Saya tahu Datuk Seri mahu menjadikan Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'duta Melaka' (yang baru terpilih sebagai bandar warisan dunia). Mungkin itu maksud Datuk Seri, melihat sisi komersialismenya.Tetapi Datuk Seri, pilihlah manusia atau ikon yang memberikan gambaran perenggan tamadun di atas untuk mempromosi Melaka. Tak mengapa tidak mendapat keuntungan balik berjuta ringgit, tetapi maruah dan gengsi Melaka tetap terpelihara, supaya adab kami tidak hilang di celah montoknya dada atau lengan Juhi Chawla yang digerigit, atau garis-garis di perut Shah Rukh Khan yang digerami aktresnya. Tambah-tambah gesel dan hembus ala-ala lahabau Datuk Shah Ruk Khan di tengkuk Juhi Chawla ternyata lebih menyerlah dari latar Melaka yang nampak kelam-kabur lagi timbul-tenggelam dalam filem tersebut. Ini kerana jelas sekali pejaman syok separa asyik Juhi Chawla lebih menggetarkan dari latar entah berapa saat di Melaka.Tentu, orang yang menonton klip tersebut tidak akan perasan a-Famosa bukan?

Sunday, October 12, 2008

Jamuan Aidilfitri


(bergambar dengan bayner Y.B. Dato' Dr. Hasan Ali)

Alhamdulillah, rezeki saya sepanjang Bulan Ramdhan dan Bulan Syawal yang penuh keberkatan dapat dinikmati dengan jemputan-jemputan ke rumah terbuka sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah, tokoh-tokoh korporat dan politik. Seperti kebiasaannya, pada hujung miggu adalah masa yang terbaik bagi tuan-tuan rumah untuk menjemput kenalan-kenalan untuk berkunjung ke rumah mereka. Namun begitu, bagi saya peluang seperti ini tidak dilepaskan, kerana ia menjanjikan berbagai-bagai peluang yang ada di hadapan mata kita, Cuma hendak ke tidak……

Walau bagaimanapun, dengan kemeriahan Syawal ini masih dirasai terutama warga kota, dan bertepatan dengan itu juga, saya mengingatkan diri sendiri dengan kedatangan Syawal pada kesekian kali ini adalah bukan bertujuan untuk membalas balik sebulan kita menahan nafsu makan, minum, dan sebagainya pada Bulan Ramdhan yang lepas, tetapi ia adalah bulan bagi umat Islam untuk muhasahkan diri kita dengan meraikan kejayaan jihad kita di samping berjaya mengikut lunas-lunas syariat tentang sambutan Aidilfitri ini yang telah diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis di dalam memerangi hawa nafsu kita sebelum ini.
Rumah Terbuka
(bersama tuan rumah Sufian dan munem,Hafiz bad seperti biasala)

Pada hari ini, jadual rumah terbuka saya dimulakan dengan jemputan ke rumah sahabat saya, Suffian di sebuah Taman, belakang Plaza Idaman. Pada pukul 1.30 tengah hari seperti biasa saya bersama sahabat, Hafizbad, menuju ke rumah pertama.


(Abes makan posing lah plak,control tengah kenyang)

Sampai sahaja di sana, orang ramai ada yang “busy” dan ada yang sudah pun menikmati hidangan pada tengah hari itu.
(cam bazar ramadhan kat UIA)
Alhamdulillah, langkah kanan saya ke rumah tersebut betul-betul teruji dengan pelbagai jenis makanan yang menunggu untuk dijamah, bak kata orang seperti berada di bazar Ramadhan di UIA…(teringatkan pada sahabat-sahabat komiti bazar-Abe, Pakleh,Paklah, Syafiqah, Kautsar and the Gang.)



Jamuan Aidilfitri Di DUN Gombak Setia


(air pun abes........)


Destinasi ke dua kami pada hari ini adalah jemputan Aidilfitri anjuran Dun Gombak Setia. Adun (Y.B Dato’ Dr Hasan Ali) yang bertempat di belakang Masjid Zakaria.
(tak sempat nak merasai gulai daging, kuah pun jadilah)
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kami, belum pun sempat kami menjamah makanan, kesemua lauk-pauk sudah pun kehabisan, ini menunjukkan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat seluruh Dun Gombak setia amat menggalakkan. Syabas saya ucapkan kepada petugas-petugas majlis tersebut. Bagi saya sedikit terkilan disebabkan kelewatan kami, bukan tidak sempat menjamah makanan, tetapi tidak sempat bergambar dengan Adun Gombak Setia, iaitu Y.B Dato’ Dr Hasan Ali. Bak kata orang, makanan itu akan hilang selepas habis dimakan, tetapi kenangan tidak akan hilang dan tetap akan terus bersemadi di dalam memori kita….
Jamuan Aidilfitri SUKSIS UIAM
(bersama inspektor2 .Ami, Rusdi dan Syafiq)

Jadual kami diteruskan lagi dengan jemputan Aidilfitri di dalam UIA anjuran Sukrelawan Polis siswa-siswi (SUKSIS). Kesempatan sebegini tidak dilupakan untuk bermaaf-maafan sesama rakan-rakan, sahabat handai seSUKSIS selama 3 tahun di’training’kan bersama sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan. Tidak dilupakan kepada jurulatih-jurulatih kami yang sehingga kini masih lagi ‘keep in touch’.Terima kasih Encik-Encik…….


(president Suksis sekarang- Saudara RIZAM)


Sebagai penutup kembara hari ini, terima kasih daun keladi di ucapkan kepada tuan rumah, penganjur dan juga komiti-komiti, sahabat-sahabat dan kenalan yang baru. Semoga Allah membalas jasa kalian semua, semoga kita dipertemukan kembali pada masa yang akan datang…..”c u next episode”

Sebelum itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada DR. BariPensyarah IRK) dan keluarga kerana sudi menjamu saya dan sahabat sebilik dengan makanan ala-ala Kelantan pada malam semalam di rumah beliau..jazakallah khaira’ jaza’….jumpa lagi

(Cik Ramli still dengan gaya rileksnya)

Saturday, October 11, 2008

Institut Jantung Negara

(Bersama Yasir dan Kamarul di pintu masuk IJN)

Tahun ini, sambutan hari raya di UIA disambut secara serdahana, Berlbagai-bagai aktiviti yang di anjurkan oleh persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan dan sebagainya sempena sambutan hari raya pada kali ini. Dalam keriuhan kita menyambut hari raya pada ketika ini, saya cukup terharu dengan ketabahan sahabat saya-Kamarul(IRK 4 year) yang telah menimpa keluarga beliau. Tika mana sahabat-sahabat bergembira dengan program-program yang menarik, beliau dikejutkan dengan berita kemasukan ibu tersayangnya ke Institut Jantung Negara(IJN) pada hari raya baru-baru ini.

(tanda aras di IJN cam gerun je...)

Berita terbaru yang di terima, ibu beliau kini berada di dalam keadaan yang tenat, dan kini dimasukkan ke wad ICU untuk menerima rawatan yang selanjutnya. Saya yang sempat melawat beliau dalam tempoh masa yang terdekat ini berasa kurang senang dengan berita ini, dan tetap berjaga-jaga dengan sebarang berita yang bakal dimaklumkan.
Walau bagaimanapun, saya tetap berdoa kepada keluarga Kamarul terutama ibu beliau supaya diberi kekuatan untuk menempuhinya.InsyaAllah (Sempat bergambar di bilik menunggu)

Monday, October 6, 2008

hari ini dalam sejarah

assalamualaikum.....
buat kenalan baru dan lama, alhamdullilah, raya kat kapung dah habis, so, kita sambung raya di KL...em...rasanya sudah lama tak update update blog ni since akhir ramadhan baru ni. namun, kerja di UIA ni still menanti malah semakin banyak dan bertambah lagi, dengan societynya,assingmentnya, quiznya,testnya, presentnya dan benda yang tak dilupakan, open house....InsyAllah,akan ku cuba memenuhinya. seperti mana seorang motivator berkata:
"Bagi seorang pemandu kereta, adalah sudah jadi kebiasaan kadangkala ditimpa masalah di pertengahan jalan untuk sampai ke destinasi seperti tayar bocor, pecah dan sebagainya. Begitu juga dalam proses membina kuasa pengaruh, adakalanya anda ditimpa kesusahan. Teruskan kembara perjalanan anda, hadapi kesusahan tersebut, jangan mengelak. Percayalah, anda akan mempelajari sesuatu yang baru ke arah menjadi diri anda yang lebih baik."
Khulasahnya, selamat mencuba, jangan cepat berputus asa, di mana ada kemahuan,di situlah akan ada jalannya..