(bergambar dengan bayner Y.B. Dato' Dr. Hasan Ali)
Alhamdulillah, rezeki saya sepanjang Bulan Ramdhan dan Bulan Syawal yang penuh keberkatan dapat dinikmati dengan jemputan-jemputan ke rumah terbuka sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah, tokoh-tokoh korporat dan politik. Seperti kebiasaannya, pada hujung miggu adalah masa yang terbaik bagi tuan-tuan rumah untuk menjemput kenalan-kenalan untuk berkunjung ke rumah mereka. Namun begitu, bagi saya peluang seperti ini tidak dilepaskan, kerana ia menjanjikan berbagai-bagai peluang yang ada di hadapan mata kita, Cuma hendak ke tidak……
Walau bagaimanapun, dengan kemeriahan Syawal ini masih dirasai terutama warga kota, dan bertepatan dengan itu juga, saya mengingatkan diri sendiri dengan kedatangan Syawal pada kesekian kali ini adalah bukan bertujuan untuk membalas balik sebulan kita menahan nafsu makan, minum, dan sebagainya pada Bulan Ramdhan yang lepas, tetapi ia adalah bulan bagi umat Islam untuk muhasahkan diri kita dengan meraikan kejayaan jihad kita di samping berjaya mengikut lunas-lunas syariat tentang sambutan Aidilfitri ini yang telah diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis di dalam memerangi hawa nafsu kita sebelum ini.
Rumah Terbuka
(bersama tuan rumah Sufian dan munem,Hafiz bad seperti biasala)
Pada hari ini, jadual rumah terbuka saya dimulakan dengan jemputan ke rumah sahabat saya, Suffian di sebuah Taman, belakang Plaza Idaman. Pada pukul 1.30 tengah hari seperti biasa saya bersama sahabat, Hafizbad, menuju ke rumah pertama.
(Abes makan posing lah plak,control tengah kenyang)
Sampai sahaja di sana, orang ramai ada yang “busy” dan ada yang sudah pun menikmati hidangan pada tengah hari itu.
(cam bazar ramadhan kat UIA)
Alhamdulillah, langkah kanan saya ke rumah tersebut betul-betul teruji dengan pelbagai jenis makanan yang menunggu untuk dijamah, bak kata orang seperti berada di bazar Ramadhan di UIA…(teringatkan pada sahabat-sahabat komiti bazar-Abe, Pakleh,Paklah, Syafiqah, Kautsar and the Gang.)
Jamuan Aidilfitri Di DUN Gombak Setia
Jamuan Aidilfitri Di DUN Gombak Setia
Destinasi ke dua kami pada hari ini adalah jemputan Aidilfitri anjuran Dun Gombak Setia. Adun (Y.B Dato’ Dr Hasan Ali) yang bertempat di belakang Masjid Zakaria.
(tak sempat nak merasai gulai daging, kuah pun jadilah)
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kami, belum pun sempat kami menjamah makanan, kesemua lauk-pauk sudah pun kehabisan, ini menunjukkan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat seluruh Dun Gombak setia amat menggalakkan. Syabas saya ucapkan kepada petugas-petugas majlis tersebut. Bagi saya sedikit terkilan disebabkan kelewatan kami, bukan tidak sempat menjamah makanan, tetapi tidak sempat bergambar dengan Adun Gombak Setia, iaitu Y.B Dato’ Dr Hasan Ali. Bak kata orang, makanan itu akan hilang selepas habis dimakan, tetapi kenangan tidak akan hilang dan tetap akan terus bersemadi di dalam memori kita….
Jamuan Aidilfitri SUKSIS UIAM
(bersama inspektor2 .Ami, Rusdi dan Syafiq)Jadual kami diteruskan lagi dengan jemputan Aidilfitri di dalam UIA anjuran Sukrelawan Polis siswa-siswi (SUKSIS). Kesempatan sebegini tidak dilupakan untuk bermaaf-maafan sesama rakan-rakan, sahabat handai seSUKSIS selama 3 tahun di’training’kan bersama sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan. Tidak dilupakan kepada jurulatih-jurulatih kami yang sehingga kini masih lagi ‘keep in touch’.Terima kasih Encik-Encik…….
(president Suksis sekarang- Saudara RIZAM)
Sebagai penutup kembara hari ini, terima kasih daun keladi di ucapkan kepada tuan rumah, penganjur dan juga komiti-komiti, sahabat-sahabat dan kenalan yang baru. Semoga Allah membalas jasa kalian semua, semoga kita dipertemukan kembali pada masa yang akan datang…..”c u next episode”
Sebelum itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada DR. BariPensyarah IRK) dan keluarga kerana sudi menjamu saya dan sahabat sebilik dengan makanan ala-ala Kelantan pada malam semalam di rumah beliau..jazakallah khaira’ jaza’….jumpa lagi
No comments:
Post a Comment