Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Saturday, October 11, 2008

Institut Jantung Negara

(Bersama Yasir dan Kamarul di pintu masuk IJN)

Tahun ini, sambutan hari raya di UIA disambut secara serdahana, Berlbagai-bagai aktiviti yang di anjurkan oleh persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan dan sebagainya sempena sambutan hari raya pada kali ini. Dalam keriuhan kita menyambut hari raya pada ketika ini, saya cukup terharu dengan ketabahan sahabat saya-Kamarul(IRK 4 year) yang telah menimpa keluarga beliau. Tika mana sahabat-sahabat bergembira dengan program-program yang menarik, beliau dikejutkan dengan berita kemasukan ibu tersayangnya ke Institut Jantung Negara(IJN) pada hari raya baru-baru ini.

(tanda aras di IJN cam gerun je...)

Berita terbaru yang di terima, ibu beliau kini berada di dalam keadaan yang tenat, dan kini dimasukkan ke wad ICU untuk menerima rawatan yang selanjutnya. Saya yang sempat melawat beliau dalam tempoh masa yang terdekat ini berasa kurang senang dengan berita ini, dan tetap berjaga-jaga dengan sebarang berita yang bakal dimaklumkan.
Walau bagaimanapun, saya tetap berdoa kepada keluarga Kamarul terutama ibu beliau supaya diberi kekuatan untuk menempuhinya.InsyaAllah (Sempat bergambar di bilik menunggu)

No comments: