Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Monday, October 13, 2008

Datuk seri ?

Begini, menurut Ketua Menteri Melaka penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas. Soalan pertama saya, mengapa setelah beberapa tahun, baru inilah Melaka "tergamak" menganugerahkan gelaran Datuk tersebut? Adakah ini 'mungkin' semua hanya satu benang basah yang ditegakkan untuk menyelamatkan air muka seorang pembesar dan isterinya yang memang menggilai Shah Rukh Khan? Datuk Seri perlu lebih telus memandangkan ini musim pemilihan. Mengapa tidak pelakon lain diberi anugerah yang sama, kerana bukan Shah Rukh Khan seorang sahaja yang dapat dihujahkan mewakili filem tersebut. Filem itu turut dilakonkan oleh (Datuk) Juhi Chawla, (Datuk) Jackie Shroff, (Datuk) Nirmal Pandey, (Datuk) Dilip Joshi, (Datuk) Akash Khurana, (Datuk)Sahila Chadda dan (Datuk) Suresh Chatwal. Mengapa pula pengarah filem ini Shashilal K. Nair tidak didatukkan, mengapa produsernya Nazir Ahmed tidak didatukkan, mengapa kumpulan penulisnya yang saya kira (mungkin) bertanggungjawab memilih latar Melaka iaitu Sanjay Chhel, Raaj Kumar Dahima dan Manoj Lalwani tidak didatukkan. Mengapa Shah Rukh Khan seorang? Tidakkah ini mennjukkan ada kegilaan tersendiri yang tersembunyi di sini?Datuk Seri, Shah Rukh Khan yang dilahirkan di Jasin, Melaka (nota: sila kemaskinikan fakta anda) pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini dan menurut Datuk Seri, tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi. Jika Datuk Shah Rukh Khan datang menerima anugerah tersebut kelak, bolehkah Datuk Seri Mohd Ali yang kini sedang meniti harapan mendapat lebih pencalonan dalam pertandingan partinya berada dalam zon selamat kerana isu ini? Tambah-tambah penganugerahan yang sedang diketawakan oleh pesaing Datuk Seri ini didakwa oleh Datuk Seri sebagai: "adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang".Apakah benar gelaran 'Datuk' tersebut dapat mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh kerana filem tersebut telah pun ditayangkan sejak 2001, sudah tujuh tahun berlalu maka tentulah Datuk Seri dapat membuktikan sejak tujuh tahun lalu, dan mungkin tujuh tahun mendatang pendapatan negeri Melaka telah dan bakal terus bertambah ekoran filem tersebut. Sila bentangkan kepada rakyat Melaka bukti kira-kira yang telah dan mungkin terus dijana.Soalan kita kini sejauh manakah bukti, dalil, dan kenyataan serta fakta yang menunjukkan "bintang" tersebut telah (atau kelak dapat) membawa "keuntungan balik" yang didakwa. Adakah sebarang kajian yang dapat membuktikan, oleh kerana sebuah filem tersebut, dengan beberapa minit gedik dan gelek punggungnya di A Famosa telah menarik berbillion ringgit, atau telah menarik berjuta pelancong dari India (atau seluruh dunia) ke Melaka? Ini kerana untuk makluman Datuk Seri, seorang pengulas di IMDB.com telah menulis begini:One two ka four is quite simply the most atrocious,hacknyed,and forgettable film i have ever seen.First of all,not only does this film heavily "borrow" from other western films,it displays absolutely no originality.This film was sheepishly contstructed,and obviously very little time and effort was put into this project.Anyone can easily find errors in continuity and realism. One need look no further than the opening action scene as an example,where a criminal who is dead,is shown in one shot to have his hands on his chest,and in another angle shot, rest his hands on the ground! This just scratches the surface of all the improbabilities of this film.The script is a hash of cliches and fails miserabley to develop any of the one-dimensional characters. The villian "KKV" deserves particular recognition for poor acting,as he is far too cartoonish and unbelievable. The music just seems odd and always out of place. Overall,even by Indian standards,One two ka four is a very poorly made film. For anyone who has seen the film,this thought should be amusing for you: what would happen if a film like one two ka four was made in Hollywood?Dengan ulasan sebegitu buruk, apakah mungkin ia benar-benar menarik minat dan membantu membawa keuntungan kepada Melaka? Mengapakah pengulas di atas tidak pun terpesona dengan latar A-Famosa (atau latar lain) seperti yang didakwa, adakah ulasan yang buruk untuk filem ini tidak menjejaskan misalnya "keuntungan balik" yang dijangkakan?Tahukah Datuk Seri, penggemar filem Hindi antara lain menyebut: 'One Two Ka Four' is strictly ordinary. It doesn't jar, but then it doesn't offer anything concrete or novel on sale either.Tidakkah pandangan sedemikian serasa tidak menolong hujah Datuk Seri bahawa: “Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit, Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh.”Tidakkah hujah Datuk Seri di atas amat menyedihkan sekali?Datuk Seri, perbuatan menganugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah sama buruknya dengan perbuatan memberi penyapu kepada pegawai negeri. Sama kerana ia tidak dapat dihujahkan dari segi adab, malah menunjukkan orang Melaka yang kahau tetapi halus telah dibiadabkan sedangkan mereka tidak begitu.'Kehebatan' tamadun Melaka memang luar biasa. Datuk Seri dapat merujuk IKSEP tentunya. Ketika titik kegemilangannya, Melaka adalah muara tamadun yang mementingkan kesantunan budi, keluhuran berbahasa, kecemerlangan ilmu dan kekayaan budayanya. Hatta salah seorang wali songo datang mencari ilmu di pondok Pulau Upih!Saya tahu Datuk Seri mahu menjadikan Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'duta Melaka' (yang baru terpilih sebagai bandar warisan dunia). Mungkin itu maksud Datuk Seri, melihat sisi komersialismenya.Tetapi Datuk Seri, pilihlah manusia atau ikon yang memberikan gambaran perenggan tamadun di atas untuk mempromosi Melaka. Tak mengapa tidak mendapat keuntungan balik berjuta ringgit, tetapi maruah dan gengsi Melaka tetap terpelihara, supaya adab kami tidak hilang di celah montoknya dada atau lengan Juhi Chawla yang digerigit, atau garis-garis di perut Shah Rukh Khan yang digerami aktresnya. Tambah-tambah gesel dan hembus ala-ala lahabau Datuk Shah Ruk Khan di tengkuk Juhi Chawla ternyata lebih menyerlah dari latar Melaka yang nampak kelam-kabur lagi timbul-tenggelam dalam filem tersebut. Ini kerana jelas sekali pejaman syok separa asyik Juhi Chawla lebih menggetarkan dari latar entah berapa saat di Melaka.Tentu, orang yang menonton klip tersebut tidak akan perasan a-Famosa bukan?

2 comments:

Anonymous said...

dhsyt nta komen on particular thing like this..huhuhu....anyway, ur thinking mmg bley dipuji...bagus2...tulis lg pape yg baru..nnt ana bc ae... hihi =)

MofiR said...

bagi la nampak perenggan sikit... sakit mata nk baca... huhu...