Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Friday, October 24, 2008

Tips Final exam...

Sekarang musim exam, macam-macam ragam ada,mesti ada yang stress, ada yang sakit atau demam exam, ada yang termenung,ada yang menyesal dan ada yang macam-macam lagi, namun tidak dilupakan kepada yang gembira dengan exam ni, ada yang exited, ada yang tenang, ada yang xsabar nak masuk dewan peperiksaan..pendek kata, manusia ni dikurniakan sifat yang pelbagai, dan dengan isu Exam ni saje sudah mampu menjadikan manusia menunjukan sifat mereka yang ada dalam diri mereka...pokoknya disini, semua ni berkaitan dengan otak kita...macam mana kita hendak mengawal diri kita...
So, sempena exam ni, kongsi-kongsi motivasi......tips untuk penjagaan otak dari Tony Buzan.
1-Pembelajaran sepanjang hayat.(Life-long Learning): Tony Buzan berkata, otak tidak pernah ‘pencen’. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

2. Merangsang indera (Sensory Stimulation): Ramai yang memandang, tetapi tidak melihat, ramai yang mendengar, tetapi tidak meneliti. Ramai yang menyentuh, tetapi tidak merasai. Ramai yang merasa, tetapi tidak mengecapi. Dan ramai yang bercakap, tetapi tidak berfikir. Hayati maklumat yang diterima oleh pancaindera, dan rangsanglah setiap deria anda!

3. Persahabatan-perhubungan-cinta-kasih: Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda!

4. Oksigen: Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup. Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Tony Buzan menyebut, badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat (seperti pernah ku dengar kata-kata ini, tetapi di mana ya?).

5. Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat. Good food = good brain. Junk food = Junk brain!. Itu kata Tony Buzan. Jaga pemakanan yang benar-benar berzat dan baik untuk otak. Bagaimana pula dengan fast food? Fast brain?

Ada lagi beberapa tip yang menarik. Jika ada keluangan, saya akan kongsikan dengan anda semua.Selamat bejaya buat semua..kalau anda yakin dengan hidup anda, anda akan berjaya..jumpa lagi

No comments: