Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Tuesday, December 16, 2008

berehat sekejap

Saje nak berkongsi sedikit dengan anda semua, baru-baru ini saya sempat melancong dan juga melencung ke tempat-tempat yang menarik dalam negara kita. Namun begitu, malang tidak berbau, mungkin dalam keadaan yang gembira sakan ini, ujian Allah untuk hambaNya tidak menunggu kita dalam keadaan yang sedia atau terbaik, dan ujian yang saya hadapi hanyalah sekelumit, iaitu tangan kiri saya terseliuh atau kata tok batin, sendinya lari. Walaupun sedikit je lari, tetapi, kenikmatan yang sepatutnya dirasai hilang…adoi…
1-tidak boleh keluar berjalan-jalan sebab tak boleh nak drive.
2-tidak boleh bersukan seperti orang lain
3-tidak boleh buat kerja berat.
4-senang citer, banyak bendala, nikmat yang ditarik masa cuti..

Jadi berbalik pada keadaan, barulah kita akan sedar bahawa besarnya nikmat sihat dan lapang….seperti mana hadis Nabi, kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu,

1-sihat sebelum sakit,
2-muda sebelum tua,
3- lapang sebelum sibuk
4-hidup sebelum mati dan
5-senang sebelum susah.

jadinya, lamelah bercuti dari tulis blog...insyaAllah, abis cuti, blog akan beroperasi kmbali seperti yang di plan kan...ok

1 comment:

Afida Anuar said...

Larr..teruk sangat ke din?? takpe.. sbgai khilaf dosa tu..