Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Saturday, November 22, 2008

le tour de da'wah

(Habib Salim)

Baru-baru ini Masjid alFalah USJ telah mengadakan satu lagi program maulud sempena le tour Ulama’-Ulama’ dari Yaman ke Malaysia. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan, bahkan mendapat tempat kepada mana-mana ahli korporat untuk datang semata-mata untuk mendapat keberkatan daripada Ulama’-Ulama’ besar itu. Program yang yang bermula pada pukul 5.30 petang dan seterusnya tamat pada pukul 11 malam.

(antara hadirin yang hadir pada malam itu)

Program ini telah menjemput seorang tokoh ulama’ yang tersohor di Tarim, di selatan Yaman, iaitu, Habib Salim. Selain itu beberapa habain yang lain juga dijemput ke majlis yang sama yang ada dari negara jiran, Indonesia dan Yaman. Sedikit latar belakang yang boleh saya kongsikan tentang Habib Salim ini ialah, beliau seorang yang cukup tawadu’. berasal dari Tarim yang merupakan tempat keturunan Ulama’-Ulama’ kabir. Berketurunan ulama’, ayah beliau seorang ulama’ muktabar semasa hayatnya, namun hayatnya tidak lama selepas diserang oleh kumpulan Komunis. Ulama’-ulama’ di situ dibunuh, disembelih dan sebagainya tanpa belas ihsan.

Habib Salim juga pernah dipenjarakan oleh pihak Komunis yang juga mahu membunuh semua ulama’-ulama’ yang ada ketika itu. Namun begitu, Allah Maha Berkuasa dan apa yang saya kagum dengan Habib ini, walau pun diseksa dengan teruk sekali, namun ilmu di dada tetap tidak hilang,dan ini telah diceritakan oleh beliau sendiri, beliau kehilangan banyak ilmu setelah di seksa oleh komunis, kerana serangan mental telah dikenakan terhadap beliau sepanjang dalam tahanan.

Amalan-amalan Habib Salim yang sempat dikongsi:
1-solat sunat terawih sebanyak 100 rakaat semalam.
2-Zikirullah setiap masa
3-senantiasa bersangka baik walau apa jua keadaan pun.
4-senantiasa beristighfar kerana kita tidak tahu perbuatan kita itu diterima atau tidak.

Akhir sekali, semoga program ini akan dapat diteruskan ke tempat-tempat yang lain bagi merealisasikan usaha-usaha dakwah Rasulullah S.A.W.. semoga Allah mempermudahkan segala usaha Ulama’-ulama’ ini. Ameen……

No comments: