Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Thursday, September 25, 2008

Ifthar Suksis

(bergambar sebelum balik...kenangan terakhir)

Bersempena Bulan Ramdhan pada kali ini, pihak SUKSIS UIAM telah menganjurkan Ifthar Suksis yang telah di adakan di Dewan Besar (CAC UIAM) pada hari Ahad yang lepas. Majlis dimulakan dengan ucapan-ucapan VIP, yang di jemput khas dari Bukit Aman, dan seterusnya persembahan kumpulan-kumpulan nasyid yang agak famous di UIA ini.

(inspektor2 yang datang)

Untuk pengetahuan ,majlis itu juga merupakan program terakhir buat kami yang sudah bergelar sebagai Inspektor-inspektor (tuan-tuan). Pelbagai kerenah kawan-kawan yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatan kami di dalam Polis(SUKSIS) ini selama 3 tahun, jadinya, program ifthar baru-baru ini merupakan gathering buat batch kami setelah di tauliahkan sebagai inpektor yang telah di adakan di USM pada bulan Jun yang lepas.


( bersama my support group,cam president suksis plak),

Bagi saya, kesempatan ini perlu digunakan sebaiknya untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan mengenai cerita-cerita yang menarik, almaklum, 3 tahun bersama, ukhwah kami bagaikan air yang dicincang tidak akan putus, InsyaAllah,selain itu saya mengambil kesempatan itu untuk membuat “networking” dengan kawan2 untuk pada masa yang akan datang.

(sempat bergambar dengan sume, amacam?)

Selain itu, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jurulatih2 (Cik lokman,cik Nazri, cik Wan, cik ramli dan Cik Bahrin) kami yang selama ini mampu bertahan untuk menjaga kami dari awal hingga penghujungnya.

Untuk akhirnya, saya mengucapkan Selamat menghayati malam2 terakhir Ramdhan dan SELAMAT HARI RAYA buat pegawai-pegawai sekalian. Ukhwah disemai, Budimu tetap dikenang…..CEPAT DAN BETUL

(bersama teman baik )

No comments: