Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Tuesday, November 18, 2008

minyak turun

Apakah jaminan pihak kerajaan terhadap pengawalan harga barang makanan asasi dengan pengumuman penurunan harga minyak yang diumumkan semalam??
Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan(ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Berita sebegini amatlah di tunggu-tunggu kan oleh semua rakyat Malaysia kini kerana harga bahan api inilah yang menjadi ‘benchmark’ kepada harga-harga barang yang lain kini. Namun demikian, pastinya pengumuman ini menjadi satu masalah kepada peniaga-peniaga dalam untuk mengaut keuntungan yang tinggi ketika harga bahan api ini meningkat sebelum ini.

Kalau mengikut skala penurunan bahan api ini sebenarnya, ia bukanlah mengikut kadar penurunan harga minyak dunia, tetapi MORE tend to the politics di dalam negara kita. Berdasarkan fakta yang diperoleh, ia menunjukkan hasil keuntungan negara kita ini dibahagikan kepada tiga, iaitu, rakyat, negara dan pemimpin negara yang berhaluan kanan dengan parti pemerintah. Oleh itu, perkembangan ekonomi serantau ketika ini bakal menjadi ancaman kepada pemimpin negara ketika ini.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi dunia ;pada masa kini, dengan bermulanya kelembapan ekonomi negara paling berkuasa pada ketika ini iaitu Amerika Syarikat yang pertama dalam sejarahnya menunjukkan kadar penurunan hasilnya yang begitu teruk. Mungkin dengan penarikan balik Dasar luar BUSH akan memperbaiki ekonomi serantau Amerika selepas tindakan yang baru akan diambil oleh pengganti baru Bush yang nampak lebih mementingkan kedamaian iaitu Barrack Hussein Obama.

Seterusnya, kesan itu dapat kita lihat kepada Ekonomi Asia serantau yang menunjukkan kepada penurunan dan semakin hampir kepada kemelesetan ekonomi dunia yang pernah melanda ekonomi dunia sekitar akhir 1996 hingga 1997. Di samping itu, antara negara Asia yang sudah mengalami mimpi ngeri pada ketika ini ialah Jepun. Sebuah negara yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia pada suatu ketika dulu kini mengalami kemelesetan ekonomi yang paling teruk semenjak 7 tahun yang lepas.

Berbalik kepada isu ekonomi di dalam ekonomi negara, sebagai rakyat yang sentiasa prihatin dari pemimpin negara ini, saya beranggapan bahawa pemimpin negara perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara sebelum negara kita bakal jatuh untuk kali seterusnya kerana kemelesetan ekonomi dunia sedangkan kita juga perlu sedar negara kita ‘still’ kaya dengan bahan mentah yang bermutu dan mempunyai ‘demand’ yang tinggi di peringkat pasaran dunia.

Setakat ini dulu pandangan saya, kita sambung balik untuk entri akan datang…..selamat



No comments: