Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Tuesday, September 16, 2008

c





Salam,Badar AlQubra…


Pada 14hb September baru-baru ni, bersama-sama dengan 3 orang menteri besar,Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yb Dato’ seri Ir Nizar , dan Ustaz Azizan yang bertempat di Markaz pas Taman Melewar. Seramai 3 ribu orang pendokong dan penyokong yang hadir pada malam tersebut dapat menyaksikan gandingan ulama’ dan umara’ yang berjaya membawa satu gelombang “pas untuk semua” .Keadilan dituntut, keamanan terjaga, bangsa berdaulat, dan Agama menjadi teras akidah kehidupan….


Dengan dimulakan dengan ceramah yang disampaikan Yb dato’ Seri Ir Nizar, kata-kata beliau bagaikan Harimau berantai yang putus rantainya bejaya memukau seluruh hadirin yang hadir pada malam itu,ketangkasan pidatonya mengambarkan Pas dapat melahirkan Golongan profesional yang berqualiti yang mampu membawa obor islam di merata tempat….

Tn guru Hj Abdul Hadi , President Pas juga tidak ketinggalan memberikan ceramah beliau, Ucapan selama 30 minit dan diisikan dengan kisah-kisah perjuangan dan mutiara kata yang membakar semangat hadirin pada malam itu.” Tidak salah kita cintakan kepada bangsa, yang salah adalah kita menjadikan kecintaan itu kepada akidah kita.”dan kisah kehebatan Tentera Islam yang berjaya menewaskan tentera Tartar yang diyakini kekuatan mereka adalah mustahil dapat dikalahkan ole mana-mana tentera pada ketika itu. Peristiwa tersebut berlaku di bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini.

Semoga doa-doa ulama’ di dalam perjuangan ini akan sentiasa bersama-sama dengan keberkatan kehidupan kita….

1 comment:

Hafizbad said...

Salam,
Akhirnya sahabatku sorang ni dah blog sendiri.
Keep on bloggin'