Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, May 20, 2009

Singgah sekejap

Assalamualaikum,sudah agak lama tak menulis, sejak kebelakangan ini,selalu baca artikel dan blog kawan-kawan yang lain. Hm…. Petang ni, saya balik awal sedikit, nak kena buat “preparation” sedikit untuk meeting malam ni, jadinya, masa yang ada ni, saya gunakan untuk menulis, bukan mengarang.

Dalam minggu ini, saya hendak cuba habiskan juga buku bacaan saya yang bertajuk “Jatuhnya Sebuah Tamadun” karangan Mohamad Nurhakim. Buku beliau ni mungkin tidak banyak di pasaran, kerana jumlah volume terbitannya pun tidak banyak. Walau apa pun, saya dengan berbesar hati,” mengesyorkan “ supaya dapatkan buku ini sebagai sisipan ilmu bagi mereka yang suka mengkaji tentang Dunia Islam sejak zaman berzaman.

Seperti sahabat saya, Ustaz Syaari, kalau saya baca blog beliau, selalunya ad saje cerita-cerita perang yang melibatkan tentera-tentera Islam berjuang di dalam mana-mana peperangan. Nama seperti Salahuddin Al-Ayubi, Khalid Al-Walid, Sayidina Umar Al-Khattab, dan ramai lagi yang gah sebagai hero dalam kisah-kisah peperangan yang lampau. Inilah yang dikatakan sebagai motivasi orang muda.

Berbalik kita kepada buku itu tadi, sebenarnya buku itu menggambarkan sejarah Islam secara umum yang bermula ketika era Zaman Klasik Islam,( Era Nabi Muhammad s.a.w, Khalifah Al-Rasyidin, Kerajaan Islam Ummaiyyah, dan kerajaan Islam Abbasiiyah) dan seterusnya zaman Pertengahan ,Yakni Islam berkembang dan pada masa yang sama turut berpecah, iaitu (kerajaan idrisi, kerajaan Aghlabi, kerajaan Tuluni, dan banyak lagi sehinggalah ke zaman Kerajaan Islam Turki). Manakala, zaman yang ketiga, ialah zaman moden kerajaan Islam tanpa sistem khalifah sehinggalah ke hari ini.(1923 –Sehingga sekarang)

Dalam buku ini sebenarnya ada juga kekurangan,contohnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis adalah kurang tepat berbanding dengan kitab-kitab sejarah yang lain. Walau apa pun, ia tetap tidak menjadi masalah kerana bagi saya ia tetap sebagai bahana ilmu yang perlu di terokai sedikit demi sedikit. (bab kata sahabat saya, faridzul, BERANI BERFIKIR)

Selain itu, pendapat saya mengenai buku ini, ia sebagai “general knowledge” untuk kita selalu berfikir ‘at least’ tentang masa depan Islam apabila kita bandingkan dengan sejarah-sejarah lampau. Sebelum ini saya pernah membaca buku “Kebangkitan Generasi Salahudin Dan Kembalinya AlAqsa ke pangkuan Islam” . Plot2 cerita dalam buku ini juga menarik, tetapi saya rasa semacam tidak puas bila baca buku ini kerana cerita dalam buku ini bagaikan tidak habis jalan ceritanya. Walau pun sememangnya kita tahu perjuangan dunia Islam ini tidak akan tamat sehinggalah Kiamat itu menjelma. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk mencari seberapa banyak fakta, dan kini sedang mengumpul tentang fakta-fakta, isi tersurat dan tersirat mengenai kekuatan Islam itu sendiri melalui sejarah Islam.

Setelah membaca buku ini, kadang-kadang saya terfikir mengenai pemimpin-peminpin Islam yang terdahulu, yang telah banyak menyumbangkan sesuatu kepada Islam, dan hasilnya kita masih dapat merasai sehingga pada hari ini. Sebagai contoh, Sayidina Omar Al-khatab berjaya menubuhkan Pasukan Polis Islam, Sayidina Osman, berjaya membukukan alQuran, dan sayidina Ali, berjaya menegakkan keadilan melalui sistem perundangan Syariah Islamiyah.

Hasil-hasil ini telah kita merasai hingga ke hari ini, Alhamdulllah…. Dan bagaimana pula dengan pemimpin-peminpin Islam dalam negara kita??adakah soalan ini tidak ada jawapannya? Apa sebenarnya peranan OIC? Yang di ketuai oleh setiap Perdana Menteri Malaysia….apa sumbangan mereka terhadap dunia Islam..kalau di tanya, memang ada jawapannya. Tetapi?

Bila terkenangkan kisah Sayidina Omar Alkhatab, yang mana baginda seorang khalifah Islam pada siang hari harinya, dan pada malamnya pula, baginda menyamar sebagai rakyat. Tujuan baginda berbuat sedemikian adalah kerana hendak mengetahui kehidupan rakyat-rakyatnya. Adakah hidup mereka ini senang dengan pemerintahan aku, bisik hati kecil Omar ketika itu….

Sebenarnya saya cukup terharu bila terkenangkan kisah tersebut, walau ia sudah berlaku 1500 tahun dahulu,tetapi ia cukup terkesan di dalam hati. Namun begitu, bila terkenangkan dengan pemimpin di negara kita, Cara hidup mereka, cara layanan mereka, cara perwatakan mereka, huih, Ya Allah, jauhnya seakan lang it dan bumi.Wallahualam.

P/s....Hanya lontaran idea,tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

No comments: