Salam,seminggu saya xsempat nak update blog,sempat baca blog orang, em..menarik, dunia penuh dengan informasi....walau pe pun, 1st skali saya ucapkan tahniah dan takziah kepada saudara sofi(Presiden Majlis perwakilan Pelajar UIA)yang dilantik pada baru-baru ini. dan kebetulan dia pun baru nak bertatih sebagai blogger..walau ape pun, your on the right track....good job....
hari ini saya nak berkongsi dengan semua mengenai dunia sejarah Islam tikamana empayar Islam itu wujud sejak zaman berzaman. Sebenarnya ni research yang terbaru dalam masa terdekat ni, so just overview research ni…act, masih lagi dalam pengkajian nak relate dengan kerajaan dalam Malaysia ni dengan Kerajaan-kerajaan Islam itu sendiri..dan siapa yang menjadi dalang kepada kejatuhan Islam sebenarnya, kalau kita asyik kata orang Yahudi adalah puncanya, so, bagaimana?siapa? di mana? Dan kenapa?
Dan pula, kalau kita katakan Orang Islam pada suatu masa dahulu hebat, so, siapa golongan yang hebatnya itu? Dan apa hebatnya? Adakah Ikhlas adalah jawapannya….dan kalau hebat, kenapa kerajaan Islam boleh tersungkur di tangan musuhnya…fikirkan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Khulafa al-Rasyidin
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w . Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
• 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
• 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
• 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637M- Mesir ditawan.
• 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
• 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
• 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646M- Kempen menentang Byzantine.
• 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
• 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
• 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
• 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
• 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
• 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Bersambung pada next episod….
No comments:
Post a Comment