Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, February 18, 2009

kongsi ilmu

Minda "pemuda"perlu tercabar dengan Globalisasi.


Bersempena dengan lawatan saya ke DBP semalam, untuk forum hujah yang di anjurkan oleh tv 9 secara live,dan untuk menimba pengalaman sebanyaknya..alhamdullah. dan, bersempena dengan program itu yang menjemput 3 orang ahli panel yang terkenal di tanah air kita iaitu Yb kj, Yb Mukriz dan Yb khir...so saya teringat dengan artikel mula2 saya menulis dulu yang berkait dengan pemuda...so saya paste kan kat sini...actually, semalam saya ada beberapa kenalan menyapa saya, kenapa lama saya tak keluarkan artikel lagi dalam paper, siasah n others...??? ntahlah...bagi saya maybe mase yang menentukan, tapi jangan sesekali membiarkan masa itu menghukum kita.....teruskan menulis.......


Muda mudi di negara kita semain hari semakin terhimpit kebebasan pemikiran, ini kerana rata-rata kehidupan mereka ini banyak berpandukan kehebatan pengaruh Barat yang semakin menular dengan globalisasinya.

Perkataan "globalisasi" diambil dari kata global, yang maknanya ialah universal. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.

Manakala cediakawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Berikut ini beberapa ciri yang saya sempat sertakan dan menandakan semakin berkembangnya fenomena globalisasi di dunia.Pertamanya perubahan dalam konsep ruang dan waktu. Perkembangan barang-barang seperti telefon bimbit, televisyen satelit, dan internet menunjukkan bahawa komunikasi global menjadi semakin pantas.Keduanya, pasaran dan keluaran ekonomi di negara-negara yang berbeza menjadi saling bergantung sebagai akibat dari pertumbuhan perdagangan antarabangsa, peningkatan pengaruh perusahaan multinasional, dan dominasi organisasi seperti World Trade Organization (WTO).

Ketiga, peningkatan interaksi budaya melalui perkembangan media massa (terutama televisyen, filem, muzik, dan transformasi berita dan sukan antarabangsa ). Situasi ini, menyebabkan gagasan dan pengalaman baru mengenai hal-hal yang melintasi beraneka ragam budaya, contohnya dalam bidang fashion, kajian, dan makanan.Keempatnya, meningkatnya masalah bersama, misalnya pada bidang lingkungan hidup, krisis multinasional, inflasi dan lain-lain.

Jadi, apabila kita melihat kesan-kesan akibat era globalisasi yang semakin hari semakin mengamit kehidupan kita sebagai muslim pada hari ini, ini menandakan satu panggilan jihad terhadap penjajahan minda Islam itu sendiri. Pelbagai persoalan yang timbul apabila kita mengunkit persoalan adakah kita mampu untuk membina kembali tamadun Islam yang baru setelah sekian lama kejatuhan era khalifah Ummayah, Abbasiyyah, dan Turkimaniyyah.Adakah kita hanya mampu mengikut arus perdana pemikiran Barat tanpa berusaha.

Untuk itu, di sini saya menggariskan lima prinsip teras yang cuba membantu muda mudi muslim.Petamanya, kita perlu mempunyai pegangan yang kuat dalam merentasi arus perdana ini. Dalam erti kata lain, kekuatan akidah, keimanan perlu diperteguhkan di dalam pembawakan diri individu muslim. Beta percaya al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.

"Dengan memahami al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup

Keduanya, sebagai muslim yang senantiasa mencari keredhaan NYA, kita perlu merubah cara hidup kita dengan cara memperbanyakan ilmu pengetahuan. Ini kerana sebagai muslim pada hari ini, kita perlu merampas kembali hak kita sebagai manusia yang mempunyai pemikiran intelektual dalam minda kelas pertama. Dalam hal ini telah dibuktikan oleh para ulama’-ulama’ terdahulu yang terkenal dengan kewarakan dan kebijaksanaan dalam pelbgai bidang.

Ketiga, perlu di ingat, keutuhan jiwa rohani adalah pemangkin akhlak yang mulia. Personaliti yang baik adalah berdasarkan akhlak yang mulia,jadi,berusahalah dalam memperbaiki akhlak sebaik-baiknya, ini kerana ia adalah senjata Islam dalam berda’wah.

Keempat,muda-mudi perlu banyak libatkan dengan aktiviti-aktiviti bermasyrakat, ini memberikan mereka ini dapat berfikir dengan cara yang lebih matang dalam menangani masalah-masalah yang lebih besar. Perkara ini telah dibuktikan bahawa bagi mereka yang lebih banyak melibatkan diri dengan berpersatuan, bermasyarakat dan sebagainya inilah yang mampu memacu generasi pemimpin pada masa yang akan datang.

Akhirnya, sebagai muslim yang sentiasa dalam mencari keredhaan dalam hidup ini, perkara paling penting selepas melakasanakan sesuatu perkara ialah banyakkan beristgfar dan bermuhasabah diri.semoga apa yang telah di buat memdapat keredaaan ilahi dalam menghadapi dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran pada hari ini.Untuk akhirnya, sebagai muslim yang mempunyai jatidiri muslim, perlu di ingat, Islam pada hari ini lemah kerana ummahnya, jadi, naikkan kembali Addin ini adalah bermula dengan individu muslim itu sendiri.Berusahalah untuk Islam.

1 comment:

MR. RinGGo said...

sememangnya betul apa yang diperkatakan..ana bersetuju..