Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Saturday, February 21, 2009

artikel baru dalam siasah

Artikel terbaru dalam akhbar Siasah jumaat baru ni...masih hangat lagi di pasaran....baca2...


Perlu kah bahasa kita di politikkan?


Dalam kehangatan politik negara yang masih lagi tidak menentu ini, isu bahasa kita menjadi lebih panas selepas pengumuman keputusan UPSR yang dipertikaikan kesahihannya pada tahun yang lepas. Berdasarkan kepada keputusan itu menunjukkan tahap keupayaan murid-murid kita yang tidak sepatutnya berada di tempatnya. Oleh itu, kesan bahasa kita ini yang di politikkan oleh politikus-politikus jelas merosakkan bahasa dan memalukan bangsa kita.



Berdasarkan fakta, bermula dengan pemansuhan tulisan jawi oleh Tan Sri khir Johari pada suatu masa yang lalu telah menimbulkan kemarahan oleh ramai pihak, dan seterusnya dengan bermulanya pemansuhan itu,maka telah menyebabkan ramai politikus semakin berani menyuarakan hak dan kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu bahasa ini sebagai wadah politik mereka

Namun demikian, setelah beberapa tahun pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kini kesannya telah pun kita lihat pada hari ini iaitu, salah satu kesan yang cukup ketara ialah peningkatan prestasi pelajar hanya untuk kumpulan yang berada di sekitar bandar-bandar sahaja, bagi yang berada di pedalaman, adalah menjadi satu beban yang cukup besar bagi mereka untuk menampung.

Sepatutnya, isu seperti ini kita patut serahkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman yang luas kerana mereka mampu mengenal pasti apa kekurangan yang sepatutnya boleh ditampung dan di perbaiki untuk kebaikan generasi masa depan negara.

Hasilnya kini, ramai yang bangun menentang PPSMI ini, dan yang terbaru, 25 kesatuan guru-guru dengan berani lantang menentang dasar ini. Perkembangan ini cukup menarik disoroti, dan ramai lagi tokoh bahasa seperti Dato’ Nik Safiah Karim, Prof. Dato’ Abu Bakar Hamid, Prof. Abdullah Hasan dan lain-lain lagi yang serius dalam memperjuangkan isu ini.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) di seluruh negara mendapati 60 hingga 70 peratus pelajar luar bandar atau pelajar di bandar yang tidak tahu bahasa Inggeris tidak faham subjek Sains dan Matematik.Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak mendatangkan kesan yang baik malah dengan istilah kata lain, membebankan dan menyusahkan guru-guru untuk mengajar.

.

Saya tertarik dengan kenyataan yang keluarkan oleh Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said yang mengajak rakyat negara ini keluar pada pilihan raya umum akan datang dan membuat perhitungan terakhir jika demonstrasi besar membantah dasar pembelajaran ini pada Mac nanti masih gagal menarik perhatian kerajaan.

Jelaslah bahawa, ahli akedemik di negara kita ini juga tidak sependapat dengan kerajaan dalam hal ini, kerana ia jelas menggambarkan tindakan kerajaan menukar dasar pembelajaran Sains dan Matematik ini adalah satu kesilapan, dan ia adalah bukan satu proses yang membina, tetapi hanya bermotifkan politik semata-mata yang hanya mementingkan sebelah pihak sahaja.

Sebelum itu, sebagai tindakan memprotes dasar ini, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu oleh Pengerusinya yang juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Dr Hassan Ahmad. Penubuhan ini akan melancarkan satu demonstrasi yang akan menghimpunkan 100 000 peserta yang membabitkan pelbagai golongan daripada cendekiawan, pencinta bahasa, pertubuhan bukan kerajaan(NGO), parti politik dan ramai lagi untuk menzahirkan bantahan: antara lain menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, dijadualkan pada 7 Mac depan.

Berdasarkan maklumat yang di perolehi , demonstrasi yang akan di adakan ini sebenarnya bukan bermotifkan politik, walau pun penggerak nya adalah terdiri daripada pihak pembangkang, tetapi, dalam jawatankuasa induk GMP ini adalah terdiri daripada kalangan pejuang-pejuang bahasa. Dan ini adalah satu perkembangan yang cukup baik bagi rakyat di negara ini kerana ia dapat membantu dan menjaga hak rakyat negara ini pada masa depan.

Untuk akhirnya, saya ingin memetik kata-kata Tun Abdul Rahman Yaakob, beliau berkata mengenai kedudukan Bahasa Malayu akn terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, beliau mempunyai pandangan yang tersendiri iaitu sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara di buat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Pada masa yang sama, tindakan seperti ini adalah melawan dasarnya kerana tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan, malah kalau di lihat, ramai golongan akademik dan profesional yang pernah mengikuti sistem pendidikan yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar, kini berjaya dalam bidang masing-masing.

1 comment:

sikapbahasa said...

Universiti mana yang buat kajian dan cadangkan PPSMI ini dilaksanakan di negara ini. Demi mengatasi masalah yang berkaitan. Atau PPSMI ini sekadar keangkuhan kalangan tertentu demi mempamerkan kuasa yang sedia ada...dan demi kepentingan yang korup.