Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, September 16, 2009

new info

Singgah sekejap, 4 hari menyepi kut, upenye ade yang ternanti2 blog ni..terima kasih kepada mereka yang sudi jenguk ek. Mintak maaf banyak2 tak sempat nak update, sebab saya berulang ke kelantan, coz my sister tunggu je time nak deliver...kalau siapa yang kenal, anak sedara yang paling manja, Irdina akan dapat adik baru, doakan..tak sabar nk tunggu anak sedara yang baru ni...so, biasalah, cuti keje kejap, kena berkhdmat untuk family...what ever sekali pun, ramadhan masih bernafas, manfaatkanyalah yee.k. jumpa lagi, maybe after raya kut atau lepas kelahiran anak sedara ini kut..selamat

Tuesday, September 8, 2009

Selamat

Salam alaik, terima kasih kepada semua yang berkunjung, terima kasih sekali lagi, InsyaAllah, blog ini akan kembali aktif seperti biasa, malah lebih hebat lagi..InsyaAllah..
pepun, sebelum berbuka, satu idea baru yang hendak di kongsi, berkenaan dengan sedekah... Dalam poket kita ada RM 100,dan RM 0.50..jika di Surau kita amik yang RM 0.50 untuk di sedekah kan kepada surau, yang mana adalah duit kita sebenarnya?
cuba fikir fikirkan?

Monday, September 7, 2009

Tazkirah Ramadhan

Salam alaik,sedar tak sedar, kita dah hampir ke 10 malam terakhir ramadhan dah, entah samada kita masih lagi bertemu dengan Ramadhan yang mulia ini pada masa yang akan datang atau pun tidak, Cuba kita renungkan dalam diri kita, berapa banyak dosa yang telah kita lakukan, dan berapa banyak amalan yang dah kita usahakan, cuba fairkan?tepuk dada tanya Iman masing-masing...

Entri kali ini hanya untuk sama-sama kita ,muhasabah diri kita, dan saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan,ataupun followers blog ini, sama-sama kita hayati 10 wasiat Imam Syafie yang telah beliau sarankan: think about that

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Diharap, sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi pengiktibaran kepada kita semua.
Salam....

Sunday, September 6, 2009

Salam, cedok sedikit untuk peringatan tazkirah Ramadhan.”Mahabbahnya Tuhan Kita”

Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan dah, dan tinggal hanya tidak sampai 12 hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan untuk mengejar kerahmatan, kemuliaan pada bulan ini. MasyaAllah, bulan yang Allah bagi ini amatlah berharga nilainya. Apakan tidaknya, kalau kita fikirkan secara tersirat, betapa pemurahnya Allah SWT ini. Tatkala setiap pagi, petang dan malam, dan tidak terkira waktu Dia bagi rezki, nikmat dan sebagainya kepada kita, dan bak kata ulama’, jika kita menghabiskan masa kita, setiap saat, setiap detik masa kita di dunia ini dalam kehidupan kita ini untuk hanya beribadat, baik solatnya puasanya,dan berzikir mengingati Allah, dan hanya tujuannya semata-mata untuk membalas jasa Allah SWT ini, nescaya masih lagi tidak mencukupi dengan apa yang kita buat untuk dibandingkan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita semenjak kita belum lahir, dan selepas kita lahir, semasa kita hidupnya, dan selepas kita mati sekali pun.

Dan juga, jika kita buat dosa, sebanyak-banyaknya di atas muka bumi Allah SWT ini sebelum kita meninggal dunia,,kita masih lagi diberi peluang untuk ‘redeem ‘ balik dosa ini sebelum kita meninggal. SubhanaAllah, mahabbahnya Allah SWT kepada makhluknya ini.

Tidak cukup dengan ‘Taubah’, Allah bagi lagi,subsidi-subsidi kepada hambaNya, dan banyak lagi dividen-dividen yang kita akan dapat selepas penat mengerjakan ibadah,tidak kiralah melalui solat sunatnya, zikirnya, tilawah qurannya dan banyak lagi. Kalau nak kita hitungkan pahala-pahala dan gandaan-gandaannya ini, nescaya tidak terhitung ganjaranya ini. MasyaAllah, tabarakkallah. (kita nak apa lagi ?)

Allah SWT nak bagi senang hambaNya untuk beribadah semasa kat dunia ini, dalam setahun kita ada 12 bulan, kalau 3 atau 4 bulan kita hidup penuh dengan dosa kepada Allah SWT, Dia bagi lagi satu bulan untuk kita bertaubah,dan boleh kita gandakan ibadah kita atau lebih dikenali sebagai bulan ‘Express pahala” in short run. Seperti Hadis yang diriwayatkan (maaf lupa matan dan sanad), mafhumnya, setiap amalan kebajikan kita pada bulan ramadhan ini akan digandakan setiap satu dengan sepuluh pahala. Subhanallah, (Anta Ghaniyyul ya Allah, wa ana fakir)

Dan dalam, bulan ramadhan, ada satu malam yang cukup misteri, yang menjadi rebutan kepada semua hambanya yang soleh dalam hendak kita mengabdikan, mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, jadi, apakah malam itu?

Subhanallah, alhamdullilah, Allahhuakbar. Tidak terhitung ganjaranya, saya yang menulis ini pun tidak tertulis bertapa banyaknya ganjaran-ganjaran hebat yang Allah hendak bagi kepada kita , bak kata orang “ganjaran milineum for the year,”. Tetapi Allah bagi Millineum for our life..astagfirullah..

Jadinya, saya tanya pada diri saya, saya nak apa lagi??, hidup ini senang dah, kita tak per;lu buat apa-apa dah, Orang dah bagi semua dah. Bagaikan seorang manager yang berjaya, setiap apa yang dibuatnya samada untuk diri dia, syarikatnya, atau pun kepada masyarakat, setiap perkara itu akan dinilai dan akan mendapat BONUS dan imbuhan-imbuhan.

Untuk kesekiannya, saya tak nak ambil masa yang lama bagi tuan dan puan untuk membaca artikel ini, jadinya, sebagai saudara in Islam, saya cuba berdakwah dengan mata pena melalui alam maya ini, maka segala kesulitan dan sebagainya, saya pohon ampun dan maaf kerana tidak terniat pun untuk kata kepada sesiapa pun, kecuali kepada diri saya sendiri. Moga Allah merahmati kerja ini.Amin.



“ sebagai seorang yang normal, jangan bagi hati kita mati walau sedetik pun masa kita di atas dunia ini, kerana ia kan membuka peluang kepada syaitan untuk memasukinya”