Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, July 28, 2010

Ulama' di belakang Terengganu

Saya terbaca satu artikel mengenai sejarah Islam Terengganu, dan bagaimana Islam itu sampai ke Terengganu. Tidak lain tidak bukan, memang betullah cerita orang-orang tua, Memang ramai ulama' yang di semadikan di Terengganu. hm..dan, sejarah Batu Bersuratlah sebagai bukti datangnya Islam ke Tanah Melayu ini. Maka "in conclusion" Islam sampai ke Terengganu lebih awal berbanding sampai ke Melaka.(ni bukan nak syok sendiri, tapi realiti bagaimana Terengganu itu di "Darul"kan dengan Iman."

"Bila mana saya baca satu persatu kisah lama ni, kadang-kadang saya belek helaian demi helaian sejarah ni, rasa seronok sangat terutama part TOK KU PULAU MANIS, dan jadi lebih tertarik bila part TOK KU PALOH.Apa yang seronoknya tuh? entahler, "maybe" sebab saya tinggal di Kampung Paloh kot."

-masa kecik-kecik main basikal sokmo kat kubur Tok ku Paloh tuh, bile besor ni baru tahu-

Hebat bukan, bagaimana Ulama'-ulama' ini berkorban untuk berdakwah, hijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Nama "glamour" atau tempat biasa bagi ulama'-ulama dahulu yang sempat bermastautin sebelum kembali ke rahmatullah seperti Acheh, Patani, Palimbang , Kuala Berang, Bukit Bayas dan sebagainya.

Apa yang syoknya lagi, Terengganu dahulu pernah di tadbir oleh tokoh Umara' yang bolehlah dikenali sebagai ulama juga" Sultan Zainal Abidin iii".Hebatnya, gandingan Ulama' dan Umara' suatu ketika dulu mampu menaikkan syiar Islam dan menggerunkan musuh terutamanya penjajah British.

cerita dari orang tua, Tok Ku Paloh ni hebat dia punya karamahnya, beliau hanya gunakan serban dia untuk mengoyangkan kapal-kapal British yang ada di tengah laut.(camne tuh?)jumpa saya...

InsyAllah, hujung minggu ini, ada rezki dapatlah saya ziarah maqam-maqam ni.

Monday, July 26, 2010

Ilmu di cari bukan ke mari

Seronok bila kita dapat luangkan masa bersama ulama'-ulama' yang bermuzakarah sesama mereka. Banyak perkara yang tidak pernah kita terfikir di benak fikiran kita , namun ianya sudah menjadi satu gosip sesama mereka ini.Hebat bukan, banyak 'input' bila golongan SalafullSolleh ini bersama.

Namun begitu, ada rungutan dari dalam sanubari mereka ini,timbulnya rasa kesal dengan apa yang terjadi pada zaman sekarang. Mudahnya ilmu ini dibeli dengan harta, manakan tidaknya, orang berilmu ini di kerah ke satu tempat ke tempat yang lain semata- mata hendak mengajar ilmu kepada yang membelinya. Dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

Jauh" bangat" dengan orang dahulu bila mana hendak mencari ilmu, mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, hanya dengan berbekalkan kudrat yang ada semata-mata hendak mendapatkan sepotong hadis dan sanadnya yang terus menerus kepada Junjungan tercinta Rasulullah SAW. Dengan niat yang suci, mahu meninggalkan kejahilan, sanggup berkorban masa, tenaga, keluarga, harta dan kesenangan.

Hasilnya, cukup cantik kesannya, ilmu yang ada itu mampu disemai bersama isteri dan anak-anak sehinggalah lahirnya keluarga yang Soleh. Sebuah keluarga yang dibentuk di atas dasar ilmu yang penuh barakah,Seterusnya,Keluarga ini akan mampu memberi sesuatu kepada masyarakat yang sedang memerlukan sokongan.

Alangkah indahnya jika kita dapat mengetahui rahsia-rahsia ilmu ciptaan Allah ini kan, namun, itulah kehendak Allah, Dia berkehendakkan kita berusaha dan yakin padaNya saja. Seluas-luas laut, bumi dan langit ini yang terdampar di depan kita, namun ianya masih lagi belum dapat menjawab apa rahsia di sebalik ciptaan ini.Hebat bukan? inilah ilmu.....

Kepentingan Ilmu

Kepentingan ilmu itu tidak ada tolak bandingannya dengan perkara-perkara yang lain, justeru, artikel kali ini cuba mengajak tuan puan untuk duduk bersama untuk merencanakan bagaimana “method” ilmu ciptaan Allah SWT ini adalah yang paling berguna berbanding dengan perkara-perkara subjektif yang lain.

Jika kita mengambil kira sejarah silam dari awal tamadun manusia, mengapa ilmu itu menjadi satu perkara asas penting bagi sesebuah tamadun itu? Contohnya, Tamadun Mesopotamia mempunyai bahasa perhubungan yang unik sehingga mampu membentuk sebuah Tamadun yang di segani oleh masyarakat pada ketika itu.

Ilmu yang ada juga mampu menrencanakan kehendak manusia untuk membina dan mencari harta, mereka kenderaan , mencipta alat perhubungan dan membina bangunan-bnagunan. Siapa yang terfikir bagaimana sebuah bangunan yang paling panjang di dunia terbina pada suatu masa dahulu? Panjangnya 4021 KM, ia menggabungkan beberapa kubu pertahanan sepanjang lebih 4 ribu KM panjangnya. Bila difikirkan, caranya begitu “complicated”tapi ia adalah satu projek besar yang sangat berjaya.

Jadinya ilmu yang ada adalah satu unsur subjektif yang cukup hebat dan tidak ada yang lebih hebat daripadanya. Jika diberi pilihan untuk memilih ilmu atau oksigen, yang mana satukan tuan akan pilih? Jawapannya akan terjawab di akhir kisah buku terbaru saya ”Kisah Yang tidak pernah di ketahui”

Sedikit intro berkenaan buku terbaru saya ini, “ kehidupan seharian manusia memerlukan ilmu untuk mencapai apa kehendak dan matlamat manusia di Dunia dan di Akhirat”. Unsur ilmu ini mencengkam sanubari hati ulama’-ulama’ islam yang mampu hidup subur sehingga ke hari ini. Bagaimana Cahaya yang digambarkan oleh Ulama’ sebagai ilmu penerang hati?

Friday, July 23, 2010

Kembali panaskan dakwat penaku

Salam,alhamdulilah, akhirnya sudah sekian lama aku menanti untuk kembali mengisi entry-entry baru, hari ini dapat juga aku kembali kepada blogku sejak satu tahun kami berpisah.

Banyak isu-isu yang berlaku sepanjang satu tahun ini, namun bagi aku, ia tetap satu perjalanan hidup yang telah di tetapkan oleh penciptaNya. Erm, bagi aku masa untuk aku hendak susun kembali cerita-cerita, kronologi-kronologi dan macam-macam lagilah yang lama bermain dalam benak fikiran aku sampai hari ini.

kepada sahabat2 blogger ku, jom, kita panaskan kembali dakwat pena ini. Budaya menuntut ilmu itu tidak akan habis sampai bila-bila, namun, budaya mencurah ilmu pun sama, mentelaah, mengkaji, berdiskusi, mengajar dan sebagainya, inilah dinamakan "Belajar".

"Maybe", masa yang ada cukup-cukup terhad, buku yang masih dalam pembikinannya" Kisah yang tidak di ketahui" bakal menanti dan mengisi di pasaran ilmiah.

"okays" Thats all for today, and for the time being..InsyAllah, c U, Salam

Wednesday, September 16, 2009

new info

Singgah sekejap, 4 hari menyepi kut, upenye ade yang ternanti2 blog ni..terima kasih kepada mereka yang sudi jenguk ek. Mintak maaf banyak2 tak sempat nak update, sebab saya berulang ke kelantan, coz my sister tunggu je time nak deliver...kalau siapa yang kenal, anak sedara yang paling manja, Irdina akan dapat adik baru, doakan..tak sabar nk tunggu anak sedara yang baru ni...so, biasalah, cuti keje kejap, kena berkhdmat untuk family...what ever sekali pun, ramadhan masih bernafas, manfaatkanyalah yee.k. jumpa lagi, maybe after raya kut atau lepas kelahiran anak sedara ini kut..selamat

Tuesday, September 8, 2009

Selamat

Salam alaik, terima kasih kepada semua yang berkunjung, terima kasih sekali lagi, InsyaAllah, blog ini akan kembali aktif seperti biasa, malah lebih hebat lagi..InsyaAllah..
pepun, sebelum berbuka, satu idea baru yang hendak di kongsi, berkenaan dengan sedekah... Dalam poket kita ada RM 100,dan RM 0.50..jika di Surau kita amik yang RM 0.50 untuk di sedekah kan kepada surau, yang mana adalah duit kita sebenarnya?
cuba fikir fikirkan?

Monday, September 7, 2009

Tazkirah Ramadhan

Salam alaik,sedar tak sedar, kita dah hampir ke 10 malam terakhir ramadhan dah, entah samada kita masih lagi bertemu dengan Ramadhan yang mulia ini pada masa yang akan datang atau pun tidak, Cuba kita renungkan dalam diri kita, berapa banyak dosa yang telah kita lakukan, dan berapa banyak amalan yang dah kita usahakan, cuba fairkan?tepuk dada tanya Iman masing-masing...

Entri kali ini hanya untuk sama-sama kita ,muhasabah diri kita, dan saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan,ataupun followers blog ini, sama-sama kita hayati 10 wasiat Imam Syafie yang telah beliau sarankan: think about that

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Diharap, sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi pengiktibaran kepada kita semua.
Salam....

Sunday, September 6, 2009

Salam, cedok sedikit untuk peringatan tazkirah Ramadhan.”Mahabbahnya Tuhan Kita”

Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan dah, dan tinggal hanya tidak sampai 12 hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan untuk mengejar kerahmatan, kemuliaan pada bulan ini. MasyaAllah, bulan yang Allah bagi ini amatlah berharga nilainya. Apakan tidaknya, kalau kita fikirkan secara tersirat, betapa pemurahnya Allah SWT ini. Tatkala setiap pagi, petang dan malam, dan tidak terkira waktu Dia bagi rezki, nikmat dan sebagainya kepada kita, dan bak kata ulama’, jika kita menghabiskan masa kita, setiap saat, setiap detik masa kita di dunia ini dalam kehidupan kita ini untuk hanya beribadat, baik solatnya puasanya,dan berzikir mengingati Allah, dan hanya tujuannya semata-mata untuk membalas jasa Allah SWT ini, nescaya masih lagi tidak mencukupi dengan apa yang kita buat untuk dibandingkan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita semenjak kita belum lahir, dan selepas kita lahir, semasa kita hidupnya, dan selepas kita mati sekali pun.

Dan juga, jika kita buat dosa, sebanyak-banyaknya di atas muka bumi Allah SWT ini sebelum kita meninggal dunia,,kita masih lagi diberi peluang untuk ‘redeem ‘ balik dosa ini sebelum kita meninggal. SubhanaAllah, mahabbahnya Allah SWT kepada makhluknya ini.

Tidak cukup dengan ‘Taubah’, Allah bagi lagi,subsidi-subsidi kepada hambaNya, dan banyak lagi dividen-dividen yang kita akan dapat selepas penat mengerjakan ibadah,tidak kiralah melalui solat sunatnya, zikirnya, tilawah qurannya dan banyak lagi. Kalau nak kita hitungkan pahala-pahala dan gandaan-gandaannya ini, nescaya tidak terhitung ganjaranya ini. MasyaAllah, tabarakkallah. (kita nak apa lagi ?)

Allah SWT nak bagi senang hambaNya untuk beribadah semasa kat dunia ini, dalam setahun kita ada 12 bulan, kalau 3 atau 4 bulan kita hidup penuh dengan dosa kepada Allah SWT, Dia bagi lagi satu bulan untuk kita bertaubah,dan boleh kita gandakan ibadah kita atau lebih dikenali sebagai bulan ‘Express pahala” in short run. Seperti Hadis yang diriwayatkan (maaf lupa matan dan sanad), mafhumnya, setiap amalan kebajikan kita pada bulan ramadhan ini akan digandakan setiap satu dengan sepuluh pahala. Subhanallah, (Anta Ghaniyyul ya Allah, wa ana fakir)

Dan dalam, bulan ramadhan, ada satu malam yang cukup misteri, yang menjadi rebutan kepada semua hambanya yang soleh dalam hendak kita mengabdikan, mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, jadi, apakah malam itu?

Subhanallah, alhamdullilah, Allahhuakbar. Tidak terhitung ganjaranya, saya yang menulis ini pun tidak tertulis bertapa banyaknya ganjaran-ganjaran hebat yang Allah hendak bagi kepada kita , bak kata orang “ganjaran milineum for the year,”. Tetapi Allah bagi Millineum for our life..astagfirullah..

Jadinya, saya tanya pada diri saya, saya nak apa lagi??, hidup ini senang dah, kita tak per;lu buat apa-apa dah, Orang dah bagi semua dah. Bagaikan seorang manager yang berjaya, setiap apa yang dibuatnya samada untuk diri dia, syarikatnya, atau pun kepada masyarakat, setiap perkara itu akan dinilai dan akan mendapat BONUS dan imbuhan-imbuhan.

Untuk kesekiannya, saya tak nak ambil masa yang lama bagi tuan dan puan untuk membaca artikel ini, jadinya, sebagai saudara in Islam, saya cuba berdakwah dengan mata pena melalui alam maya ini, maka segala kesulitan dan sebagainya, saya pohon ampun dan maaf kerana tidak terniat pun untuk kata kepada sesiapa pun, kecuali kepada diri saya sendiri. Moga Allah merahmati kerja ini.Amin.



“ sebagai seorang yang normal, jangan bagi hati kita mati walau sedetik pun masa kita di atas dunia ini, kerana ia kan membuka peluang kepada syaitan untuk memasukinya”

Tuesday, August 25, 2009

Salam

salam alaikum ya sahabat..(pengunjung blog ini)
maaf banyak-banyak kepada semua, kalau di ikutkan perkiraannya, blog ini tidak di updatekan selama 3 bulan agaknya. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf, apakan daya saya untuk manambah entri2 baru dalam 3 bulan ini. Untuk pengetahuan semua, saya kini berulang alik dari KL ke Terengganu untuk setiap minggu.Jadinya, kadang-kadang tidak sempat nak jenguk sebertar ke blog ini.So, sekarang, terpaksa planning balik aturan masa yang sepatutnya.

Akhir kalam, selamat menjalani ibadat sebaiknya di bulan muhasabah ini, rebutlah peluang ini sebaiknya.Jangan kita menangis di depan Allah, kerana kelak kita tidak mampu untuk memperbetulkan kembali. grap this golden time.

Monday, June 29, 2009

Betulakah Mickhael Jackson muslim?



Isu ni nampak seperti hangat di perkatakan di mana-mana sahaja. Ramai orang mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku, baik wartawan, baik peminat dan orang-orang yang lain pun. Bak kata orang, isu ni boleh buat duit. Isu hangat,akhbar, majalah pun laku kalau macam ni . Di antara yang menjadi tanda tanya bagi kita ialah ada keluaran akhbar menyatakan nama islam beliau ialah MIKAEEL Jackson, namun begitu, ada pendapat lain mengatakan ada apa dengan nama?, sedangkan di Malaysia ini ramai yang Muslim, tetapi hidup seperti “Western life”.

Kalau nak dibandingkan dengan M.J, dahlah artis barat, life barat, pegangan hidup pun jangan katalah,”for sure Barat” barat. Apa pun, kita tak ada hak nak pertikai beliau, semuanya bergantung dengan Allah, kita tak ada hak nak tanya iman dia? Kebajikan Islam dia? Cara pengamalan Islam dia, yang kita boleh bicarakan ialah hanya status dia, muslim kah Raja pop ni?

Entri kali ini sebenarnya bukan nak sembang pasal artis ke, kahwin ke, cerai ke,dan bukan nya gossip yang tak tahu menahu apa-apa. Cuma nya saya nak kita lihat dari segi view Addin kita. Life Raja Pop itu pun, saya tak tahu sangat pun, cuma nak bawa berbincang mengenai tanggapan masyarakat tentang Islam, dan kebetulan pula kena dengan isu ni.

Kalau suatu ketika dulu, Islam ini dimomokkan dengan keganasan, terrorist dan sebagainya, dan dalam keratan- keratan akbar, majalah dan artikel mana-mana pun kita akan jumpa Islam itu “ganas” dan yang menjadi dalang kepada segalanya ialah musuh Islam itu sendiri, Israel dan Yahudi. Proksinya tak lain tak bukan bekas presiden Amerika Syarikat …BUSH…Habis negara Islam dimamahnya, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechen dan banyak lagi menjadi mangsa keadaan. (Ya Allah, Kuatkan semangat saudara-saudaraku di sana, amin)

Namun begitu, yang cantiknya, dalam orang duk kata islam ganas, terrorist, pengkhianat, di tambah lagi karikatur jahat terhadap pemimpin agung Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W, kita tak sedar, dengan isu ini, ramai yang tertarik dengan Islam. Bagaikan satu rahmat turun dari langit, hidayah kepada bukan islam untuk memeluk agama ini.Subhanallah..contoh yang terdekat, abang kepada Raja Pop ini, (tak tahu nama).Kalau dulu, beliau bersama-sama dengan adik beradiknya berjaya tubuhkan satu kumpulan,(tak ingat nama). Hasil dari situlah, bakat adiknya dikembangkan sehingga terkenal di pelusuk dunia dan berjaya menarik berjuta-juta manusia menonton aksi beliau. Hebat bukan….

Masa tak mengizinkan untuk saya menulis ni, apa pun saya nak timbulkan satu pandangan yang tergantung jawapanya, kalau betul M.J itu Islam seIslmanya.Mintak Ngo-Ngo Islam di USA “fight kan isu pengubumian beliau”.Ini pun untuk kebaikan arwah juga dan di samping itu kita sebagai muslim menjaga Addin kita. Semestinya majlis pengubumian ini akan mendapat liputan seluruh dunia melalui media antarabangsa, dan secara tak langsung, liputan pengebumian secara Islam yang tercanggih dan terhebat ini akan melakar sejarah baru buat Agama Islam dalam dunia moden kita hari ini. Hidup Islam

Sunday, June 21, 2009

Singgah sekejap

Sedar tak sedar, tinggal 3 minggu je lagi kontrak saya dengan WAJA ni,selepas ini mungkin still lagi atau tidak, tengoklah pada keadaan. Pangjang umur, murah rezeki, dapatlah tempat yang lebih baik lagi.

Apa pun, pengalaman selama 3 bulan ni memang berguna, kalau ikutkan nak je sambung lagi, tapi bila terfikirkan masa depan, consider dengan umur yang ada,kena berubah jugak (HIJRAH), sebabnya masa yang diperuntukan untuk aku memang tak banyak.

Cuma lontaran idea sikitlah pagi ni, semakin hari kita berada di dunia ni, semakin banyak kita berhadapan dengan "Dunia Baru", jadinya, semuanya akan berubah, Pemikiran kita, hubungan kita, harta kita,rezki kita, kesihatan kita,dan bagaimana hubungan kita dengan Allah?,hubungan kita dengan manusia?...umur kita semakin berkurang, sempat lagi ke kita nak cover semua tu dalam masa yang akan datang.??

Jadinya, ?? saya nak sambung kerja..jumpa lagi

Sunday, June 14, 2009

merapu sekejap

salam alaikum.
apa khabar sume? lama tak menulis, sebenarnya banyak idea yang nak dimasukkan dalam entri2 ni, tapi masa yang ada amat-amat2 singkat. kadang-kadang rasa gak nak kembali balik masa yang dah berlalu. tapi apakan daya,bab kata Dr Wahbah Zuhaili dalam membicarakan bab masa, beliau mengatakan setiap manusia sentiasa dalam kerugian,kerana setiap apa yang dibuat pasti ada saja perkara yang terlepas.

Orang tua akan terkenangkan masa mudanya,dan pasti berkata alangkah ruginya aku dulu tak buat macam ni dulu.

Orang muda pula berkata, bila agaknya aku akan dapat merasa hidup senang, tak pa, aku akan cuba lagi...

begitulah lumrah hidup ketika di dunia ini, masa yang ada tak akan cukup untuk buat semua perkara..

hm...sedar tak sedar, tinggal 3 minggu lagi kontrak dengan Waja ni.sekejap je masa berlalu. Musim cuti sekolah pun, tak cukup masa nak pergi kenduri-kenduri sahabat2,apatah lagi saudara2 sendiri..Maaf semua.

Baru ni alhamdullah, dapat offer jadi guru siswazah kontrak,em..gaji RM 2000..kalu ikutkan duk terengganu ni kira okaylah buat sementara ni, tapi segalanya dah di tetapkan dah.terpaksa tolak dulu...aku nk smbung master jugak...insyaAllah,rezki lain ada lagi..

okay, sambung keje..

Wednesday, May 27, 2009

Tanah untuk Di jual

Tanah untuk di jual.
Di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terenganu, jalan Pulau Musang.
Size: Hampir suku hekar.
Tanah subur dengan buah-buahan.(Pokok-pokok Duku)

RM 80,000.

Monday, May 25, 2009

Mesti tengok

Di Luar Lingkungan - Ke Arah Tontonan Tanpa Had Tanpa Sempadan

DLL19 - Selepas segala macam polemik dan kerenah politik adakah pemikiran rakyat semakin matang? Ada yang melihat krisis Perak sebagai pembinaan kematangan yang perlu, tetapi apa natijahnya? Siapa yang menerima manfaat kematangan atau kedangkalan ini?
YB Ysmadi Yusuf, Prof Dr Nidzamuddin UKM, Dr Saifuddin UM

Monday, May 25, 2009
Masa:
9:00pm - 10:00pm
Saluran:
TV1




Rancangan Hujah

Dato' Husam vs Dato' Zahid Hamidi
"Rasuah Politik"
- 26 Mei 2009 (Selasa)
- Jam 9.30 Malam
- Di TV9

Wednesday, May 20, 2009

Singgah sekejap

Assalamualaikum,sudah agak lama tak menulis, sejak kebelakangan ini,selalu baca artikel dan blog kawan-kawan yang lain. Hm…. Petang ni, saya balik awal sedikit, nak kena buat “preparation” sedikit untuk meeting malam ni, jadinya, masa yang ada ni, saya gunakan untuk menulis, bukan mengarang.

Dalam minggu ini, saya hendak cuba habiskan juga buku bacaan saya yang bertajuk “Jatuhnya Sebuah Tamadun” karangan Mohamad Nurhakim. Buku beliau ni mungkin tidak banyak di pasaran, kerana jumlah volume terbitannya pun tidak banyak. Walau apa pun, saya dengan berbesar hati,” mengesyorkan “ supaya dapatkan buku ini sebagai sisipan ilmu bagi mereka yang suka mengkaji tentang Dunia Islam sejak zaman berzaman.

Seperti sahabat saya, Ustaz Syaari, kalau saya baca blog beliau, selalunya ad saje cerita-cerita perang yang melibatkan tentera-tentera Islam berjuang di dalam mana-mana peperangan. Nama seperti Salahuddin Al-Ayubi, Khalid Al-Walid, Sayidina Umar Al-Khattab, dan ramai lagi yang gah sebagai hero dalam kisah-kisah peperangan yang lampau. Inilah yang dikatakan sebagai motivasi orang muda.

Berbalik kita kepada buku itu tadi, sebenarnya buku itu menggambarkan sejarah Islam secara umum yang bermula ketika era Zaman Klasik Islam,( Era Nabi Muhammad s.a.w, Khalifah Al-Rasyidin, Kerajaan Islam Ummaiyyah, dan kerajaan Islam Abbasiiyah) dan seterusnya zaman Pertengahan ,Yakni Islam berkembang dan pada masa yang sama turut berpecah, iaitu (kerajaan idrisi, kerajaan Aghlabi, kerajaan Tuluni, dan banyak lagi sehinggalah ke zaman Kerajaan Islam Turki). Manakala, zaman yang ketiga, ialah zaman moden kerajaan Islam tanpa sistem khalifah sehinggalah ke hari ini.(1923 –Sehingga sekarang)

Dalam buku ini sebenarnya ada juga kekurangan,contohnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis adalah kurang tepat berbanding dengan kitab-kitab sejarah yang lain. Walau apa pun, ia tetap tidak menjadi masalah kerana bagi saya ia tetap sebagai bahana ilmu yang perlu di terokai sedikit demi sedikit. (bab kata sahabat saya, faridzul, BERANI BERFIKIR)

Selain itu, pendapat saya mengenai buku ini, ia sebagai “general knowledge” untuk kita selalu berfikir ‘at least’ tentang masa depan Islam apabila kita bandingkan dengan sejarah-sejarah lampau. Sebelum ini saya pernah membaca buku “Kebangkitan Generasi Salahudin Dan Kembalinya AlAqsa ke pangkuan Islam” . Plot2 cerita dalam buku ini juga menarik, tetapi saya rasa semacam tidak puas bila baca buku ini kerana cerita dalam buku ini bagaikan tidak habis jalan ceritanya. Walau pun sememangnya kita tahu perjuangan dunia Islam ini tidak akan tamat sehinggalah Kiamat itu menjelma. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk mencari seberapa banyak fakta, dan kini sedang mengumpul tentang fakta-fakta, isi tersurat dan tersirat mengenai kekuatan Islam itu sendiri melalui sejarah Islam.

Setelah membaca buku ini, kadang-kadang saya terfikir mengenai pemimpin-peminpin Islam yang terdahulu, yang telah banyak menyumbangkan sesuatu kepada Islam, dan hasilnya kita masih dapat merasai sehingga pada hari ini. Sebagai contoh, Sayidina Omar Al-khatab berjaya menubuhkan Pasukan Polis Islam, Sayidina Osman, berjaya membukukan alQuran, dan sayidina Ali, berjaya menegakkan keadilan melalui sistem perundangan Syariah Islamiyah.

Hasil-hasil ini telah kita merasai hingga ke hari ini, Alhamdulllah…. Dan bagaimana pula dengan pemimpin-peminpin Islam dalam negara kita??adakah soalan ini tidak ada jawapannya? Apa sebenarnya peranan OIC? Yang di ketuai oleh setiap Perdana Menteri Malaysia….apa sumbangan mereka terhadap dunia Islam..kalau di tanya, memang ada jawapannya. Tetapi?

Bila terkenangkan kisah Sayidina Omar Alkhatab, yang mana baginda seorang khalifah Islam pada siang hari harinya, dan pada malamnya pula, baginda menyamar sebagai rakyat. Tujuan baginda berbuat sedemikian adalah kerana hendak mengetahui kehidupan rakyat-rakyatnya. Adakah hidup mereka ini senang dengan pemerintahan aku, bisik hati kecil Omar ketika itu….

Sebenarnya saya cukup terharu bila terkenangkan kisah tersebut, walau ia sudah berlaku 1500 tahun dahulu,tetapi ia cukup terkesan di dalam hati. Namun begitu, bila terkenangkan dengan pemimpin di negara kita, Cara hidup mereka, cara layanan mereka, cara perwatakan mereka, huih, Ya Allah, jauhnya seakan lang it dan bumi.Wallahualam.

P/s....Hanya lontaran idea,tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.