Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, May 27, 2009

Tanah untuk Di jual

Tanah untuk di jual.
Di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terenganu, jalan Pulau Musang.
Size: Hampir suku hekar.
Tanah subur dengan buah-buahan.(Pokok-pokok Duku)

RM 80,000.

Monday, May 25, 2009

Mesti tengok

Di Luar Lingkungan - Ke Arah Tontonan Tanpa Had Tanpa Sempadan

DLL19 - Selepas segala macam polemik dan kerenah politik adakah pemikiran rakyat semakin matang? Ada yang melihat krisis Perak sebagai pembinaan kematangan yang perlu, tetapi apa natijahnya? Siapa yang menerima manfaat kematangan atau kedangkalan ini?
YB Ysmadi Yusuf, Prof Dr Nidzamuddin UKM, Dr Saifuddin UM

Monday, May 25, 2009
Masa:
9:00pm - 10:00pm
Saluran:
TV1




Rancangan Hujah

Dato' Husam vs Dato' Zahid Hamidi
"Rasuah Politik"
- 26 Mei 2009 (Selasa)
- Jam 9.30 Malam
- Di TV9

Wednesday, May 20, 2009

Singgah sekejap

Assalamualaikum,sudah agak lama tak menulis, sejak kebelakangan ini,selalu baca artikel dan blog kawan-kawan yang lain. Hm…. Petang ni, saya balik awal sedikit, nak kena buat “preparation” sedikit untuk meeting malam ni, jadinya, masa yang ada ni, saya gunakan untuk menulis, bukan mengarang.

Dalam minggu ini, saya hendak cuba habiskan juga buku bacaan saya yang bertajuk “Jatuhnya Sebuah Tamadun” karangan Mohamad Nurhakim. Buku beliau ni mungkin tidak banyak di pasaran, kerana jumlah volume terbitannya pun tidak banyak. Walau apa pun, saya dengan berbesar hati,” mengesyorkan “ supaya dapatkan buku ini sebagai sisipan ilmu bagi mereka yang suka mengkaji tentang Dunia Islam sejak zaman berzaman.

Seperti sahabat saya, Ustaz Syaari, kalau saya baca blog beliau, selalunya ad saje cerita-cerita perang yang melibatkan tentera-tentera Islam berjuang di dalam mana-mana peperangan. Nama seperti Salahuddin Al-Ayubi, Khalid Al-Walid, Sayidina Umar Al-Khattab, dan ramai lagi yang gah sebagai hero dalam kisah-kisah peperangan yang lampau. Inilah yang dikatakan sebagai motivasi orang muda.

Berbalik kita kepada buku itu tadi, sebenarnya buku itu menggambarkan sejarah Islam secara umum yang bermula ketika era Zaman Klasik Islam,( Era Nabi Muhammad s.a.w, Khalifah Al-Rasyidin, Kerajaan Islam Ummaiyyah, dan kerajaan Islam Abbasiiyah) dan seterusnya zaman Pertengahan ,Yakni Islam berkembang dan pada masa yang sama turut berpecah, iaitu (kerajaan idrisi, kerajaan Aghlabi, kerajaan Tuluni, dan banyak lagi sehinggalah ke zaman Kerajaan Islam Turki). Manakala, zaman yang ketiga, ialah zaman moden kerajaan Islam tanpa sistem khalifah sehinggalah ke hari ini.(1923 –Sehingga sekarang)

Dalam buku ini sebenarnya ada juga kekurangan,contohnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis adalah kurang tepat berbanding dengan kitab-kitab sejarah yang lain. Walau apa pun, ia tetap tidak menjadi masalah kerana bagi saya ia tetap sebagai bahana ilmu yang perlu di terokai sedikit demi sedikit. (bab kata sahabat saya, faridzul, BERANI BERFIKIR)

Selain itu, pendapat saya mengenai buku ini, ia sebagai “general knowledge” untuk kita selalu berfikir ‘at least’ tentang masa depan Islam apabila kita bandingkan dengan sejarah-sejarah lampau. Sebelum ini saya pernah membaca buku “Kebangkitan Generasi Salahudin Dan Kembalinya AlAqsa ke pangkuan Islam” . Plot2 cerita dalam buku ini juga menarik, tetapi saya rasa semacam tidak puas bila baca buku ini kerana cerita dalam buku ini bagaikan tidak habis jalan ceritanya. Walau pun sememangnya kita tahu perjuangan dunia Islam ini tidak akan tamat sehinggalah Kiamat itu menjelma. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk mencari seberapa banyak fakta, dan kini sedang mengumpul tentang fakta-fakta, isi tersurat dan tersirat mengenai kekuatan Islam itu sendiri melalui sejarah Islam.

Setelah membaca buku ini, kadang-kadang saya terfikir mengenai pemimpin-peminpin Islam yang terdahulu, yang telah banyak menyumbangkan sesuatu kepada Islam, dan hasilnya kita masih dapat merasai sehingga pada hari ini. Sebagai contoh, Sayidina Omar Al-khatab berjaya menubuhkan Pasukan Polis Islam, Sayidina Osman, berjaya membukukan alQuran, dan sayidina Ali, berjaya menegakkan keadilan melalui sistem perundangan Syariah Islamiyah.

Hasil-hasil ini telah kita merasai hingga ke hari ini, Alhamdulllah…. Dan bagaimana pula dengan pemimpin-peminpin Islam dalam negara kita??adakah soalan ini tidak ada jawapannya? Apa sebenarnya peranan OIC? Yang di ketuai oleh setiap Perdana Menteri Malaysia….apa sumbangan mereka terhadap dunia Islam..kalau di tanya, memang ada jawapannya. Tetapi?

Bila terkenangkan kisah Sayidina Omar Alkhatab, yang mana baginda seorang khalifah Islam pada siang hari harinya, dan pada malamnya pula, baginda menyamar sebagai rakyat. Tujuan baginda berbuat sedemikian adalah kerana hendak mengetahui kehidupan rakyat-rakyatnya. Adakah hidup mereka ini senang dengan pemerintahan aku, bisik hati kecil Omar ketika itu….

Sebenarnya saya cukup terharu bila terkenangkan kisah tersebut, walau ia sudah berlaku 1500 tahun dahulu,tetapi ia cukup terkesan di dalam hati. Namun begitu, bila terkenangkan dengan pemimpin di negara kita, Cara hidup mereka, cara layanan mereka, cara perwatakan mereka, huih, Ya Allah, jauhnya seakan lang it dan bumi.Wallahualam.

P/s....Hanya lontaran idea,tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Sunday, May 17, 2009

Selamat Pengantin baru Buat Hafiz Bad



(Kenangan bergambar ketika berada di Oversea,Kalau percayalah...serumah dengan ulama' dari Nigeria)

Selamat Pengatin Baru..

Salam

Lama benor x menulis ni, pasal politik ke, info2 terkini ke...asyik keje je memanjang..InsyaAllah, kalau ade kelapangan masa nanti, adalah entri2 terbaru yang menarik akan dimasukan ke dalam blog ni.

Walau apa pun, saya nak buat satu pengunguman, InsyaAllah, sebuah NGO di negeri Terengganu akan menganjurkan Perkhemahan akedemi remaja Islam pada hujung Cuti sekolah nanti :

Tarikh : 11, 12, 13 Jun 2009
Bertempat di : Kem Bari, Setiu. Terengganu
Peserta : 15-17 tahun

InsyaAllah, program ini akan dapat memberi peluang kepada semua peserta mengenai erti kehidupan sebagai remaja Islam.

untuk Program kali ini juga, saya juga ditaklifkan sebagai Ketua Fasilitator.dan kepada yang berminat, bolehlah menghubungi saya En.Najmuddin (019-6345376).Dan
Kepada yang terbaca iklan ini, bolehlah juga menghubungi saya untuk terlibat sama secara langsung atau tidak dengan program ini.

kepada yang berminat,---nak jadi fasil ke, or peserta ke, lehlah call me..
wasalam

Tuesday, May 12, 2009

sepetang bersama Fahmi





Salam, alhamdulillah, habis juga keje saya petang ni, tapi, member2 kat sini ajak stayback sampai malam. Biasalah keje tak habis sampai bila2 pun. pepun, apa yang penting...Kerjasama...

Saya nak perkenalkan sahabat baru saya dari UMT, saudara Ahmad Fahmi Alias, dari kampung Gong Pauh kemaman.Orangnya kacak, rendah diri, dan suka tolong orang.walau baru je kenal, tapi perkenalan saya dah macam tahap tafahum.......alhamdllh, nilah dikatakan bersahabat kerana Allah.

okay..sini dulu kut..bab kata fahmi, baiklah.....kita akan mulakan kerja..

Saturday, May 9, 2009

Selamat pagi

Salam alaikum,
selamat pagi, sudahkah anda senyum kepada orang sebelah anda, ingat, senyum itu sedekah yang paling senang, bahkan tidak memerlukan kos apa2 pun. kalau tak percaya, cubalah....

pagi ni rushing sikit nak pergi kerja, almaklum, rasa jgak malas sebab, opis kita je ynag berfungsi.orang lain busy berenang di atas katil, tilam dan sebagainya.Wesak day. tak merasa cuti tahun ni.

okaylah, sbenornya, nak gtau,pagi ni saya ditambah keje lagi.byk plak tu, berbondon-bondon dalam plastik.kalau dalam file xpe jgk, tapi digulung-gulungnya macam scrol ijazah. n kena submit ari rabu ni,berat bahu memikul, berat lagi kepala memikirkannya.so, apa wat perlu di buat, senyum jelah, n cakap, okay bos.siap.

"apa yang penting, kerjasama." .yang tu je statement motivasi pgi ni,sebabnya taktahulah..xpe2.yang penting, misi aku tercapai.

okay, boring2 saya datang balik na..

biasa Adib hatim jadi teman saya setiap pagi,walau jauh di mata tapi dekat di jari.okay

Wednesday, May 6, 2009

alfatihah-takziah

takziah buat keluarga Syukri (bayyi) dan Wan Firdaus.sesungguhnya segala yang terjadi itu ada hikmahnya. walau pun segala yang berlaku itu perkara yang tak di sangka, ada benarnya di sebalik segala kejadian,Allah lebih mengetahui segalanya..

walau pun aku sendiri pun x dapat menahan dan tak mampu mengharunginya, tetapi kita perlu ingat, Allah telah menetapkan jalan kehidupan kita masing2.

bagi yang masih mempunyai sahabat, ibu dan bapa, sayangilah mereka sementara mereka masih di sisi kita.

setiap pertemuan akan ada perpisahannya...baarakallah

Tuesday, May 5, 2009

salam


Salam, apa khabar sume? kepada pengunjung2 blog ni, mintak maaf banyak2 di atas segala kesulitan. lame benor x update blog ni, walaupun begitu, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua.

untuk pengetahuan, saya kini bertugas di Wan Ali Jaafar Associate (WAJA),branch di kuala Terengganu.hm.. nak citer pasal keje mmg xcukup kut kalau dalm blog ni...tpi penat hanya Allah yang tahu. Memang betol kata orang, keje kat private ni mmg stress skit, mana tak nya, keje 7 ari seminggu, no cuti2...adoi..dahla tu, balik keje plak bukan mcm orng lain..orang lain masuk kul 8.30 pagi,balik 5 ptg. tapi kat sini masuk 8.30 pagi n then balik 10 malam..evry night....o..life aku dalm opis je.....

saya yang bru keje ni dah merasa tegang kut ckit, tapi bagi staf kat sini, hm....maybe hati batu kut..he...gurau je...

okaylah,xde gambar terbaru lagi.kita jumpa lagi....never give up...