Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Wednesday, March 11, 2009

HKL

Salam,update brite dalam uia...
sahabat saya..Presiden SRC saudara Sofisalam dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Isnin Lepas..diSyaki ada ketumbuhan di belakang badan.Allahuakbar..
Kepada yang mengenali beliau, lehlah ziarah, di wad 11 level 3..
Semoga Sofi diberi kekuatan untuk Ujian yang lebih besar selepas ini.......

Monday, March 9, 2009

Singgah kejap..



salam...slmt pgi...skang kul 1 dah...huih.tgh wat saimen..tp blur skit...Ya Allah....bukak emel ade gambar ni..Sister mane yang bagi..Sejuk hati tgk gambar ni...AlLah Is always in our Heart..

lagi satu lawa jgak...tenang ati ni...hm..ble agaknya buleh pi Mekah plak...rindu pada Baitullah..

Bab kata Hadis..Mksdnya..pelaburan di dunia yang xpernah rugi ade 3:
1-p makah(Umrah n Haji)
2-Baca Quran selalu..
3-maaf, saya x ingat

khulasahnya...p la haji seusia muda ni..byk kelebihannya

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul





Salam buat teman-teman, ari ini hari yang bersejarah bagi semua orang Islam tak kira mereka berada di mana mana. Maulidur Rasul, Hari keputraan Hero ADDIN kita untuk akhir zaman. Kalau kita sedari, setakat mana orang Islam pada hari ini realize dengan peristiwa2 bersejarah seperti ini???

Saya semalam sempat berkunjung ke satu majlis di Taman TAR, Program sambutan Maulidur rasul. MasyaAllah, majlis yang penuh dengan selawat2 ke atas junjungan besar kita …Allahuakbar..Dan apa yang saya fikirkan ialah, Nabi kita tika saat-saat baginda terpisah rohnya dari jasad, perkataan yg keluar dari mulut baginda ialah, UMMATI2…..
Subhanallah…Seorang kekasih Allah mengingati kita walau di saat yang genting….jadi..Apa pula respon dari umat baginda pada masa kini.adakah kita sentiasa mengingati baginda????tatkala kita masih hidup…brapa banyak kita mengingati Baginda SAW…adakah kita hndak menunggu saat yang genting, tika nafas terakhir, nyawa di hujung halkun, bru kita hndak ingat Baginda…jawapannya Tak mungkin…

Bersempena hari yang bersejarah ini, saya menyeru seluruh umat islam untuk sentiasa kita berselawat ke atas Junjungan besar kita M SAW…Moga kita mendapat Rahmat dan Berkat dalam hidup ini selama mana masih lagi kita mampu melihat keagungan Allah di muka bumi ini…Takbir…

Sekitar gambar Demo PPSMI






Sekitar gambar Demonstrasi di Kuala Lumpur semalam,harakah melaporkan seramai 150 ribu rakyat yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap polisi kerajaan itu. Namun begitu, Berita Harian melaporkan seramai 5000 orang sahaja yang menyertai Demo pada petang semalam.Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Demo pada petang semalam kerana ia adalah satu sign kepada pihak tertentu tentang kuasa Rakyat adalah hak rakyat.


Namun apa ynag dikesalkan ialah tindakan Biadap Polis dan FRU yang tiada erti rasa belas ehsan kepada rakyat dan juga telah menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka untuk meleraikan demo semalam..

Tindakan mereka menggunakan Gas pemedih mata dan Air semalam seakan-akan mahu menunjukkan rakyat yang bersalah dan patut dipersalahkan.

Kehadiran orang ramai yang menyertai demo semalam adalah terdiri daripada makcik2, pakcik2 yang datang dari jauh semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada GMP untuk memastikan bahasa Ibunda terus tersubur. selain sokongan yang tidak berbelah bahagi ynag telah diberikan oleh NGO-NGO, Persatuan Guru-guru dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan FRU semalam adalah tindakan yang tidak bermoral, kerana sanggup menggadaikan maruah bangsa kerana semata-mata menjaga kepentingan pihak tertentu dan telah melanggar etika kepolisan untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Wednesday, March 4, 2009

DEMO


Salam.dijemput kepada semua pembaca blog ini supaya dapat bersama-sama untuk turun berdemonstrasi secara aman. Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah...