Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Saturday, February 28, 2009

kongsi2

Salam,seminggu saya xsempat nak update blog,sempat baca blog orang, em..menarik, dunia penuh dengan informasi....walau pe pun, 1st skali saya ucapkan tahniah dan takziah kepada saudara sofi(Presiden Majlis perwakilan Pelajar UIA)yang dilantik pada baru-baru ini. dan kebetulan dia pun baru nak bertatih sebagai blogger..walau ape pun, your on the right track....good job....

hari ini saya nak berkongsi dengan semua mengenai dunia sejarah Islam tikamana empayar Islam itu wujud sejak zaman berzaman. Sebenarnya ni research yang terbaru dalam masa terdekat ni, so just overview research ni…act, masih lagi dalam pengkajian nak relate dengan kerajaan dalam Malaysia ni dengan Kerajaan-kerajaan Islam itu sendiri..dan siapa yang menjadi dalang kepada kejatuhan Islam sebenarnya, kalau kita asyik kata orang Yahudi adalah puncanya, so, bagaimana?siapa? di mana? Dan kenapa?

Dan pula, kalau kita katakan Orang Islam pada suatu masa dahulu hebat, so, siapa golongan yang hebatnya itu? Dan apa hebatnya? Adakah Ikhlas adalah jawapannya….dan kalau hebat, kenapa kerajaan Islam boleh tersungkur di tangan musuhnya…fikirkan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Khulafa al-Rasyidin
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w . Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
• 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
• 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
• 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637M- Mesir ditawan.
• 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
• 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
• 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646M- Kempen menentang Byzantine.
• 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
• 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
• 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
• 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
• 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
• 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Bersambung pada next episod….

salam,

salam,ni info dari faisal tehrani...seronok baca..n cube fikir2kn....ade keelebihn dan kekurngan nya...saya juz ingin berkgsi dgn anda semua....

Karangan

Bahana mengejar kemantapan bahasa Inggeris di 'Tanah Melayu' dengan harapan untuk maju; mungkin sahaja memalapkan peluang generasi baharu menjadi sebuah bangsa dan umat yang besar dan matang.

Ditokok dengan kemahiran berbahasa yang memang terpinggir ialah budaya hedonisme, ketidakpedulian, mengadap televisyen 24 jam dengan pengaruh rancangan tidak bermutu, permainan video; dan segala macam ragam sosial (termasuklah ibu-bapa tiada di rumah, dan pembantu negara seberang yang menghadap Astro Aruna).

Karangan pelajar yang menduduki UPSR ini sungguh mengejutkan. Sebagai pembimbing Minggu Penulis Remaja hampir sedekad, sesungguhnya saya tidak terkejut. Ia mungkin lucu, tetapi ia juga menakutkan kita. Terima kasih kepada adik saya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah yang menyerahkan salinan karangan ini.

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Saturday, February 21, 2009

artikel baru dalam siasah

Artikel terbaru dalam akhbar Siasah jumaat baru ni...masih hangat lagi di pasaran....baca2...


Perlu kah bahasa kita di politikkan?


Dalam kehangatan politik negara yang masih lagi tidak menentu ini, isu bahasa kita menjadi lebih panas selepas pengumuman keputusan UPSR yang dipertikaikan kesahihannya pada tahun yang lepas. Berdasarkan kepada keputusan itu menunjukkan tahap keupayaan murid-murid kita yang tidak sepatutnya berada di tempatnya. Oleh itu, kesan bahasa kita ini yang di politikkan oleh politikus-politikus jelas merosakkan bahasa dan memalukan bangsa kita.



Berdasarkan fakta, bermula dengan pemansuhan tulisan jawi oleh Tan Sri khir Johari pada suatu masa yang lalu telah menimbulkan kemarahan oleh ramai pihak, dan seterusnya dengan bermulanya pemansuhan itu,maka telah menyebabkan ramai politikus semakin berani menyuarakan hak dan kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu bahasa ini sebagai wadah politik mereka

Namun demikian, setelah beberapa tahun pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kini kesannya telah pun kita lihat pada hari ini iaitu, salah satu kesan yang cukup ketara ialah peningkatan prestasi pelajar hanya untuk kumpulan yang berada di sekitar bandar-bandar sahaja, bagi yang berada di pedalaman, adalah menjadi satu beban yang cukup besar bagi mereka untuk menampung.

Sepatutnya, isu seperti ini kita patut serahkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman yang luas kerana mereka mampu mengenal pasti apa kekurangan yang sepatutnya boleh ditampung dan di perbaiki untuk kebaikan generasi masa depan negara.

Hasilnya kini, ramai yang bangun menentang PPSMI ini, dan yang terbaru, 25 kesatuan guru-guru dengan berani lantang menentang dasar ini. Perkembangan ini cukup menarik disoroti, dan ramai lagi tokoh bahasa seperti Dato’ Nik Safiah Karim, Prof. Dato’ Abu Bakar Hamid, Prof. Abdullah Hasan dan lain-lain lagi yang serius dalam memperjuangkan isu ini.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) di seluruh negara mendapati 60 hingga 70 peratus pelajar luar bandar atau pelajar di bandar yang tidak tahu bahasa Inggeris tidak faham subjek Sains dan Matematik.Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak mendatangkan kesan yang baik malah dengan istilah kata lain, membebankan dan menyusahkan guru-guru untuk mengajar.

.

Saya tertarik dengan kenyataan yang keluarkan oleh Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said yang mengajak rakyat negara ini keluar pada pilihan raya umum akan datang dan membuat perhitungan terakhir jika demonstrasi besar membantah dasar pembelajaran ini pada Mac nanti masih gagal menarik perhatian kerajaan.

Jelaslah bahawa, ahli akedemik di negara kita ini juga tidak sependapat dengan kerajaan dalam hal ini, kerana ia jelas menggambarkan tindakan kerajaan menukar dasar pembelajaran Sains dan Matematik ini adalah satu kesilapan, dan ia adalah bukan satu proses yang membina, tetapi hanya bermotifkan politik semata-mata yang hanya mementingkan sebelah pihak sahaja.

Sebelum itu, sebagai tindakan memprotes dasar ini, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu oleh Pengerusinya yang juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Dr Hassan Ahmad. Penubuhan ini akan melancarkan satu demonstrasi yang akan menghimpunkan 100 000 peserta yang membabitkan pelbagai golongan daripada cendekiawan, pencinta bahasa, pertubuhan bukan kerajaan(NGO), parti politik dan ramai lagi untuk menzahirkan bantahan: antara lain menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, dijadualkan pada 7 Mac depan.

Berdasarkan maklumat yang di perolehi , demonstrasi yang akan di adakan ini sebenarnya bukan bermotifkan politik, walau pun penggerak nya adalah terdiri daripada pihak pembangkang, tetapi, dalam jawatankuasa induk GMP ini adalah terdiri daripada kalangan pejuang-pejuang bahasa. Dan ini adalah satu perkembangan yang cukup baik bagi rakyat di negara ini kerana ia dapat membantu dan menjaga hak rakyat negara ini pada masa depan.

Untuk akhirnya, saya ingin memetik kata-kata Tun Abdul Rahman Yaakob, beliau berkata mengenai kedudukan Bahasa Malayu akn terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, beliau mempunyai pandangan yang tersendiri iaitu sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara di buat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Pada masa yang sama, tindakan seperti ini adalah melawan dasarnya kerana tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan, malah kalau di lihat, ramai golongan akademik dan profesional yang pernah mengikuti sistem pendidikan yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar, kini berjaya dalam bidang masing-masing.

Wednesday, February 18, 2009

kongsi ilmu

Minda "pemuda"perlu tercabar dengan Globalisasi.


Bersempena dengan lawatan saya ke DBP semalam, untuk forum hujah yang di anjurkan oleh tv 9 secara live,dan untuk menimba pengalaman sebanyaknya..alhamdullah. dan, bersempena dengan program itu yang menjemput 3 orang ahli panel yang terkenal di tanah air kita iaitu Yb kj, Yb Mukriz dan Yb khir...so saya teringat dengan artikel mula2 saya menulis dulu yang berkait dengan pemuda...so saya paste kan kat sini...actually, semalam saya ada beberapa kenalan menyapa saya, kenapa lama saya tak keluarkan artikel lagi dalam paper, siasah n others...??? ntahlah...bagi saya maybe mase yang menentukan, tapi jangan sesekali membiarkan masa itu menghukum kita.....teruskan menulis.......


Muda mudi di negara kita semain hari semakin terhimpit kebebasan pemikiran, ini kerana rata-rata kehidupan mereka ini banyak berpandukan kehebatan pengaruh Barat yang semakin menular dengan globalisasinya.

Perkataan "globalisasi" diambil dari kata global, yang maknanya ialah universal. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.

Manakala cediakawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Berikut ini beberapa ciri yang saya sempat sertakan dan menandakan semakin berkembangnya fenomena globalisasi di dunia.Pertamanya perubahan dalam konsep ruang dan waktu. Perkembangan barang-barang seperti telefon bimbit, televisyen satelit, dan internet menunjukkan bahawa komunikasi global menjadi semakin pantas.Keduanya, pasaran dan keluaran ekonomi di negara-negara yang berbeza menjadi saling bergantung sebagai akibat dari pertumbuhan perdagangan antarabangsa, peningkatan pengaruh perusahaan multinasional, dan dominasi organisasi seperti World Trade Organization (WTO).

Ketiga, peningkatan interaksi budaya melalui perkembangan media massa (terutama televisyen, filem, muzik, dan transformasi berita dan sukan antarabangsa ). Situasi ini, menyebabkan gagasan dan pengalaman baru mengenai hal-hal yang melintasi beraneka ragam budaya, contohnya dalam bidang fashion, kajian, dan makanan.Keempatnya, meningkatnya masalah bersama, misalnya pada bidang lingkungan hidup, krisis multinasional, inflasi dan lain-lain.

Jadi, apabila kita melihat kesan-kesan akibat era globalisasi yang semakin hari semakin mengamit kehidupan kita sebagai muslim pada hari ini, ini menandakan satu panggilan jihad terhadap penjajahan minda Islam itu sendiri. Pelbagai persoalan yang timbul apabila kita mengunkit persoalan adakah kita mampu untuk membina kembali tamadun Islam yang baru setelah sekian lama kejatuhan era khalifah Ummayah, Abbasiyyah, dan Turkimaniyyah.Adakah kita hanya mampu mengikut arus perdana pemikiran Barat tanpa berusaha.

Untuk itu, di sini saya menggariskan lima prinsip teras yang cuba membantu muda mudi muslim.Petamanya, kita perlu mempunyai pegangan yang kuat dalam merentasi arus perdana ini. Dalam erti kata lain, kekuatan akidah, keimanan perlu diperteguhkan di dalam pembawakan diri individu muslim. Beta percaya al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.

"Dengan memahami al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup

Keduanya, sebagai muslim yang senantiasa mencari keredhaan NYA, kita perlu merubah cara hidup kita dengan cara memperbanyakan ilmu pengetahuan. Ini kerana sebagai muslim pada hari ini, kita perlu merampas kembali hak kita sebagai manusia yang mempunyai pemikiran intelektual dalam minda kelas pertama. Dalam hal ini telah dibuktikan oleh para ulama’-ulama’ terdahulu yang terkenal dengan kewarakan dan kebijaksanaan dalam pelbgai bidang.

Ketiga, perlu di ingat, keutuhan jiwa rohani adalah pemangkin akhlak yang mulia. Personaliti yang baik adalah berdasarkan akhlak yang mulia,jadi,berusahalah dalam memperbaiki akhlak sebaik-baiknya, ini kerana ia adalah senjata Islam dalam berda’wah.

Keempat,muda-mudi perlu banyak libatkan dengan aktiviti-aktiviti bermasyrakat, ini memberikan mereka ini dapat berfikir dengan cara yang lebih matang dalam menangani masalah-masalah yang lebih besar. Perkara ini telah dibuktikan bahawa bagi mereka yang lebih banyak melibatkan diri dengan berpersatuan, bermasyarakat dan sebagainya inilah yang mampu memacu generasi pemimpin pada masa yang akan datang.

Akhirnya, sebagai muslim yang sentiasa dalam mencari keredhaan dalam hidup ini, perkara paling penting selepas melakasanakan sesuatu perkara ialah banyakkan beristgfar dan bermuhasabah diri.semoga apa yang telah di buat memdapat keredaaan ilahi dalam menghadapi dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran pada hari ini.Untuk akhirnya, sebagai muslim yang mempunyai jatidiri muslim, perlu di ingat, Islam pada hari ini lemah kerana ummahnya, jadi, naikkan kembali Addin ini adalah bermula dengan individu muslim itu sendiri.Berusahalah untuk Islam.

Monday, February 9, 2009

sampai kl


(tetibe teringat kat kat zaman Suksis dlu2)

salam, alhamdllh, akhirnya smpai jugak kat kl ni, hasil percutian hari thaipusam di teganu...
act nak tdor ni, tapi check briter ckit arini,.....em.....ade lagi criter politik yang baru plak, menarik jgak, tapi sebab penat, xlarat nak komen bnyak2.......he....2 miggu ni entri saya asyik2 politik je....tggulah, saya check jadual nak tukar briter lain lak kut....ok, roll call

1st briter,Alfatihah buat seorang pejuang Islam, allayarham Roslan Saharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang,(majoriti 1566-PRU 2008) yang meninggal pada jam 12 tgh hari tadi...dan pada pukul 1.20 tadi, briter ini disahkan oleh Dato' Seri Ir Nizar di Hospital tadi..walau apepun, alhamdllh, Allahyarham adalah seorang yang hebat, seorang academician to politician....so, senang citer, beliau salah seorang idola saya.....ape pun, moga Allah letakkan roh beliu dikalangan orng yang Soleh kerna baktinya kpada Islam spnjg hayat beliau....

2nd briter, Arumugaran, ex-Exco dan Ex- Adun di Kedah baru sahkan beliau letak jawatan tadi.....so, senang citer, ade pilihan raya lah......takat ni, 14 Bn, 16 pas dan selebihnya PKR dan Dap dan Bebas....maaf, tgh ngatuk, so tak ingat sangat figure...

ape pun selepas tsunami politik 2008, bayk plak Tsunami politik kecil yang melalui arus2 ni....Bermula di Permatang Pauh, K.Terengganu. yang ditunggu2 seluruh negeri perak, bakal menyusul, Bukit Gantang, Dan Di Kedah.......Updated sampai mlm ni......

3rd briter, mggu ni saya ade 2 test, eop dan seminar, 1 present, 1 quiz, n many saimen.....so, senang citor, nex week lah kalu saya leh update blog plak...he...

4th briter, team joga lawan bola ari khamis ni...result baru ni x update lagi, pepun, team inter Milan Lawpunye dah pun berkubur, yang tggal penentuan tmpat ke 5 dan ke 6 je, pepun main jelah, sebab pe, sebab kita bayar,so main jelah.....he22

okaylah, nak sambung bnda lain lak.. k, selamat sume...jmpa lgi, wasalm

Sunday, February 8, 2009

cikit lagi

sedar x sedar, tggl 8 mggu lagi aku bakal bergelar graduasi iium.....I.Allah, doakn saya shbt2....yg paling stress ialah, besalh last sem.....aura kerja menanti, aura berfamily pun mennti....Ya Allah kuatkan semngat aku.....ckit lagi... bab kate orhg teganu, tekan ckit lagi biar abih tea......

walau pe pun yng berlaku...aku dah tekad, smbung master dlu..... cmne dugaan pun, biarlah kawan dah dapt pegang duit rm 3k sebulan pun , biarla kawan dapt jijak pelamin dlu pun, biarlah kawan dah dpat drive kete sendiri pun....bnda tu sume x mnjadi maslh.....

ingat pada diri sendiri, duit boleh kita cari.ilmu pun boleh kita cari, tapi pikirlah prioritinya kat mane keguaannya...
bab kate saidina Ali:

beza duit(harta) dgn ilmu-
ilmu akn menjdi teman kepada kita tatkala kita dalam kesunyian,
ilmu akn menjaga kita walau dimana kita brada
ilmu akan menjaga harta kita
ilmu akan beri kita kawan

harta akan menyebabkan kita lalai,
harta akan menyeababkan kita dapat ramai musuh,
harta akan menybabkan kita gelisah

last , kita kn jg harta kita, bukan harta jaga kita,
tapi ilmu,ilmu akn jg kita even dimana kita brada...

pkir2 kanlah....

jumpa lagi
Salam, kita bersua kmbali, actually nak tido dah ni, tp ttbe je nak bukak internet nak tgk perkmbangn terbaru pasal info2 yang berlaku dalm dan luar tempat kita.....

ntah, 2 3 ari ni isu di Perak smkin menjadi2....apa tidak nya, semalm isu YB NIzar xnk letak jawatan, pastu plak arini iSu Karpal Sigh yg Karam...-ni criter yang Umno n BN yg buat melalui media rasmi dorang_utusan, tv123,brita hairan yang tipu... yang semakin meloyakan kalu tak silaplah.igt nak letak wording lain, tapi ntah, jadi eeeee....(sakit ati tgk tv, tak fair lgsung)

Bukan pe, kita yang tau criter sebenar, so kita leh pikirlah baik burok, tapi kalu setakat main paku, hentam saje gune telepon burok dorang, rakyat jd meluatla.....

tak pela, act enri kali ni nak citer bnda lain, tapi ble dah tahap cipan ngn umno ni, jadilah entri kali ni.....

sedar x sedar, actually Umno mungkin tadbir balik Perak
dengan majoriti mudah,
dengan pertambahan adun yang tak bermaruah,
dengan bertambahnya double standard rasuah Umno,

dengan bertambahnya kebencian rakyat pada Umno,
dan dengan ape2 lagi.....

tadi saya
tengok balik Debat KJ dengn Husam, antara point KJ ialah, dorang(UMNO) memperlekehkan PR di Perak dengan mengatakan PR sebuah kerajaan yang teruk kerana mempunyai 2 org exco yg dilabel tidak bermaruah kerna terlibat dengan rasuah...so, arini kalu kita refresh balik statement KJ ni, for sure, kita tahu, Sapa yng tak bermaruah Sekarang???


Sampai dah tahap xde pointa dah, snggup gune cara kotor semata-mata nak dapat pgkat n nama.....so, pk-pk kanlah....Org muda kna bg respon bnda2 cmni, ni maruah negara kita on the future..

lagi satu, isu biadap terhadap sultan, saya tak tau menahu sgt pasal Perlembagaan mana yang patut dipakai dan diapply, tapi, ape yang penting, ialah, selaku rkyat, kalu pemimpin wat silap, kita boleh tegur, dan pemimpin kn trima....ni Cantik nya Islam yang mengajar kita Beradap dan berakhlak mulia...kalu ikutkan sejarah2 lame dulu, sudah brape ramai ulama2 yang di pnjarakan, di seksa dan ada yang dibunuh pun ada, semata2 mata nak menegakkan kebenaran walau terpaksa berhadapan dengn pembesar atau raja ke, atau sultan ke.....so, pk2 kanlah...so, dalam hal ni, saya no komen, sapa yang salah, kalu ade nak komen silakan...k???

ok, selamat dulu, smbung ari lain....ws

Saturday, February 7, 2009

YB Nizar masih MB Perak











Kerajaan PR Perak bergolak

Salam buat pembaca blog ku, semakin hari semakin panas isu politik di negara kita, bab kata orang,BN sedang brada di puncak ATAU kronologi kejatuhan Umno dan BN semakin hari semakin jelas kejatuhan regim ini. Walau pun , seperti yang kita tahu, Kerajaan Perak pada hari ini mencipta sejarah baru, iaitu, mempunyai 2 orang MB pada satu masa....Dasyat....(kalu Terengganu kan Bagus)
Selepas bermacam2 proses n peringkat yg dilalui oleh pihak terbabit, termasuk pandangan dari pakar Undang2 ynag mengatakan: Menurut undang2 Perak, Kerajaan Perak hanya boleh di tukar dengan 3 cara sahaja,iaitu:
1- Kerajaan yang memerintah pada hari ini sudah tidak berupaya untuk memerintah atau menarik diri dari memerintah, dan mendapat perkenan dari Sultan untuk di bubarkan DUN.
2-Undi tidak percaya semasa sidang Dun pada April nanti.
3-Pembubaran Dun oleh MB dengan Perkenan dari Sultan, untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Jadi dengan itu, Umno dan BN masih lagi tidak dapat untuk mendeclarekan diri mereka as "new government" dengan semudahnya....so pikir2 kanlah....

bukan senang nak tukar2 kerajaan,kita ada perlembagaan, ikutlah dengan sebetulnya.jangan sebab kita ada power, kita leh suka-suki je cakap kita leh wat apa saje.......

Yang paling lawak, ada pemimpin negara kita ada cakap, "kerajaan PR di perak kn akur, macam seorang Isteri yang kena talak 3, dah kena talak, pandai2 lah undur"
-as citizen in Malaysia ni, saya rasa cukup malu dengan statement ni.coz tidak menggambarkan sikap pemimpin yang berjiwa pemimpin. ok...sini dului. c u

Monday, February 2, 2009

salam

salam, terima kasih kepada yang sudi ziarah blog yang tak sebeberapa ini. alhmdlh, sebenarnya masa x memberi ruang nak update info2 terbaru yang berlaku semasa, sebelum ,selepas dan akan terjadi selepas ini. Almaklum, sem akhir accg student mmg taf... harap yang terbaik sem ini, at least dapat jg pointer coz nak smbung master...InSyaAllah, doakan yang terbaik untuk saya...

apa pun terima kasih yang zirah sekali lagi, yang tggal kan nama kat chat box, adib dan nurul, blog nta org mmg hebat....teruskan.

pada masa yang sama, kesihatan jugak tak stabil, since balik dari program di Masjid azzubair baru2 ni... ape pun always think positif, tenang selalu....yakin Allah ada bersama kita....