Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Monday, January 19, 2009

xtau nak tulis pe

salam, alhmdullh, smpi jgk kat sini, sama dengan tajuk,xtau nak tulis pe so, saje nak meluahkan malam ini, ckit, cuti 4 ari baru ni btol2 best, bnyk penglman baru, so lepah ni bnyk benda lagi yang boleh di buat.....

in my mind, still lagi think about our scenario politics, byk bnda leh kgsi tapi bukan mase ni lah.ok...c
(ni gambar hafiz, sapa yang xkenal....kat training nuqaba')


kpda roomate, hafiz bad, selamat bertunang, even dah balik bilik tp tak criter pun lagi....sengap je...ade poblem ke?

alhmdllh, kpda sahbt sekelas, tq vry much, g.test tadi korang byk sgt bntu, almklum, cuti kali ni xsempat lgsung bukak buku...

kepada org teganu, tmksh bnyk2,,,len kali belanja noh....

ok, kita smbung sok.....

Saturday, January 17, 2009

kempen Pas





gambar kempen Umno





Sekitar gambar PRK





result election kt

PAS candidate Mohd Abdul Wahid Endut won the Kuala Terengganu parliamentary seat, defeating Barisan Nasional’s Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh by 2,631 votes.

Mohd Abdul Wahid garnered 32,883 votes while Wan Ahmad Farid had 30,252 votes. Independent candidate Azharudin Mamat had 193 votes and lost his deposit.

(Victorious mood: PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang lifting Mohd Abdul Wahid’s hand after the by-election’s result was announced at Stadium Negeri last night. )

With this win, the Opposition now has 82 seats in the Dewan Rakyat, of which belong to PAS.Barisan, which held the seat before the previous MP Datuk Razali Ismail died last month triggering the by-election, now has 137 seats. There are also three Independent MPs.

Kemenangan ini juga amat bermakna buat semua ahli Pas di seluruh negara, dan paling manis adalah kepada ahli Pas di Terengganu kerana sudah sekian lama Pas tidak memenangi Pilihan Raya di Terengganu semenjak 2003.

Congratulation to all member's of PAS,Congrate. i would like to wish all The Best to our new MP Yb Mohd Abdul Wahid Endut.Takbir, Sesungguhnya kemenangan ini memang seperti yang dijanjikan Allah.Alfun mabruk.....

Thursday, January 15, 2009

singgah top up entri

Salam,arini semakin jamp kat Terengganu, bleh dikatakan nak jalan 5 km je pun amik masa 1jam lebih....entah sok lagi teruk kut.


Macam biasa, seperti laporan harian yang lain, keadaan di Terengganu lebih terkawal sikit dari semalam, dan jugak hari ini adalah hari terkahir buat mane2 parti untuk berkempen sampai pukul 12 malam nanti,so meaning to say here is ceramah dah abes, pasang bendera pun dah abes, senang citer xle kempen la lepas kul 12.


Pak lah ade datang kay tee semalam, n wat solat hajat di stadium negeri, alhamdulilah, yang datang tak sampai 5 saf pun,hebat munajat umno sini.Tapi rasenya dorang tak payah solat Hajat, cukup bagi pitis sudah.......


Yang Pas plak, Bukan solat hajat, tapi Munajat Qiamulai,....bunyi Qiamulai tu yang tak tahan tu, sebut Qiamulai, pasti program start kul 3 pagi, dan sambutan pagi semalm, Allahuakbr, melimpah-limpah....bab kata Syed Qutb, "Islam akan menang apabila Orang Islam bersolat subuh seperti Solat Jumaat," ..Tapi semalam bukan macam solat Juamaat je tapi mengalahkan Solat Jumaat, Allahuakbar...tanda2 kemenangan Islam tu...


Bagi sesapa yang nak beramah mesra dengan Pemimpin2 negara, blehlah datang ke Terengganu ni, ade rezki dapat duit lebih sikit, tapi yang dasyatnya is"Harga makanan naik melambung"...nasi lauk Ayam ngan sayur sikit je, RM 9...fuh yo......


Okay, takat ni dulu top up entri pagi ni... ada masa jumpa lagi, bye2...

sekitar gambar PRK
















pilihan raya kecil

Salam,kembali lagi ketemu di alam maya, alhamdulilah, selamat sampai di terengganu pada pukul 9 pagi tadi, lebih kurang 10 jam take time untuk perjalanan ke terengganu malam tadi,(termasuk tertidor di kemaman dan lanchang)



apa yang penting selamat sampai, tetibe je masuk ke negeri Terengganu pagi tadi, saya betol2 memuji pihak polis yang boleh la dikatakan berkerja selama 38 jam di terengganu ini.belum masuk subuh dah block kepada semua kereta yang nak masuk ke terengganu.--oi, bagus betol...



Kalau sebelum ni, asyik terbaca dalam paper yang mengatakan anggota polis perlu ditambah bil kepada 20 ribu anggota, kadang-kadang tak percaya gak, tapi ble sampai kat kay tee ni, baru bukak mata, memang btol, polis dah ramai dari penduduk terengganu.siap suka suki je rampas tanah rakyat, memandai je wat pondok2 nak duk kat teganu ni....bertambah lah kepadatan manusia di sini. yang tak tahan2, dorang punye kereta lah yang jadikan jalan jamp....ni bukan saja-saja kata, tapi realiti...



hopefully, datang reremai sini pandai-pandaila jga orang tganu, almaklum, sume org tau, org teganu bekeng2....silap haribulan, sume bertukar jadi "incredible hulk"...panggiilah fru ke, semut merah merah ke, semut api ke, tetap tak bole lawan incredible hulk yang bawa gelombang hijau tu.....



okay..takat ni dulu laporan......nanti citer balik noh.....

Wednesday, January 14, 2009

tak tau tajuk pe

salam, selamat kembali, alahai bnyk betol keje, almaklum last sem, byk benor keje.....
malam ni balik ke terengganu, balik mengundi 17 hb ni, kepada yang masih lagi berkira-kira nak balik ke tidak, nasihat saya balik lah, bukan senang nak mengundi 2 kali dalam setahun...bukan apa, kita yang akan menentukan masa depan life anak-anak kita....(dalam tu)
balik Uia balik 19hb, sambung pilihan raya kampus

Sunday, January 4, 2009

mntak maaf, blog ini underconstruction, bnyak problem, jadi mntak bersabar......

drpd penulis blog

artikel dalam siasah baru ni.

Identiti mahasiswa perlu “BERSIH” untuk pilihan raya kampus

Saya begitu tertarik dengan isu pilihan raya dalam dan luar negara pada ketika ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada pilihan raya kampus yang sekarang ini hangat diperkatakan di setiap kampus kini. Pilihan Raya Kampus ini akan berlangsung pada sekitar pada bulan Januari ini.

Kalau mengikut isu di dalam negara kita, antara yang terhangat ialah isu pemilihan pemimpin-pemimpin Umno yang kini hangat diperkatakan di seluruh tanah air ini. Jawatan calon pemimpin yang paling hampir dengan mahasiswa ialah calon untuk pemimpin Ketua pemuda Umno yang sentiasa menjadi sebutan di peringkat lapisan belia
kini.
Calon yang paling menonjol kini ialah yang begitu popular dengan Myteam, Dampingi Mat Rempit, Pengurusi Forum Halal, Timbalan Presiden FAM dan Mengurangkan pengangguran dalam kalangan Siswazah. Setiap program ini sebenarnya cuba hendak memancing belia-belia di negara ini terutamanya mahasiswa dan mahasiswi.
Namun begitu, adakah program-program ini sudah pun membuahkan hasil dan memberikan sesuatu kepada muda-mudi kini?

Sukar untuk mempercayai bahawa bakal-bakal pemimpin masa depan negara kita ini sudah mula terjebak dengan politik wang yang akhirnya tidak memberi keuntungan kepada sesiapa pun. Dua lagi calon yang sedang hebat berkempen untuk menentang rasuah di dalam Umno tercemar apabila wujud blog yang cuba mengaitkan mereka dengan amalan terkutuk itu.

Blog Raksasa BN cuba mengaitkan beberapa nama yang didakwanya sebagai ejen kepada salah seorang calon ini. Dengan ini, secara jelas menunjukkan di dalam Umno sama ada di peringkat atas hingga ke bawah, rasuah telah menjadi satu penyakit barah yang agak sukar untuk mengubatinya bagi parti itu. Dan bagi pengikut-pengikut parti ini, sudah menjadi kebiasaan dengan amalan-amalan ini, dan mula terikut-ikut sehinggakan terbawa ke dalam pilihan raya kampus pula. Dengan itu, perkara ini adalah tidak mustahil akan berlaku di dalam kampus kerana duit adalah segala-galanya kerana selagi mereka masih berkuasa di dalam negara ini.

Oleh yang demikian, demokrasi di dalam negara kita sudah tercemar dan untuk mengembalikan kembali demokrasi ini memerlukan satu proses yang lama untuk memulihkannya kembali. Bagaimana kita hendak memiliki sistem demokrasi yang adil seperti mana yang berlaku kepada pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang akhirnya dimenangi oleh calon dari Parti Demokrat, Barrack Hussein Obama.

Sebagai pemimpin mahasiswa, saya memperlihatkan perkara ini secara serius bahawa pemimpin negara kita perlu bersikap dengan lebih terbuka dengan pendekatan yang sebaiknya bagi memberikan contoh yang terbaik buat bakal pemimpin negara pada masa depan negara.


penulis adalah:

Mohd Najmuddin Hasan
Mantan Timbalan Presiden 1 07/08
Persatuan Mahasiswa Ekonomi,
Universiti Islam Antarabangsa.