Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Saturday, November 22, 2008

le tour de da'wah

(Habib Salim)

Baru-baru ini Masjid alFalah USJ telah mengadakan satu lagi program maulud sempena le tour Ulama’-Ulama’ dari Yaman ke Malaysia. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan, bahkan mendapat tempat kepada mana-mana ahli korporat untuk datang semata-mata untuk mendapat keberkatan daripada Ulama’-Ulama’ besar itu. Program yang yang bermula pada pukul 5.30 petang dan seterusnya tamat pada pukul 11 malam.

(antara hadirin yang hadir pada malam itu)

Program ini telah menjemput seorang tokoh ulama’ yang tersohor di Tarim, di selatan Yaman, iaitu, Habib Salim. Selain itu beberapa habain yang lain juga dijemput ke majlis yang sama yang ada dari negara jiran, Indonesia dan Yaman. Sedikit latar belakang yang boleh saya kongsikan tentang Habib Salim ini ialah, beliau seorang yang cukup tawadu’. berasal dari Tarim yang merupakan tempat keturunan Ulama’-Ulama’ kabir. Berketurunan ulama’, ayah beliau seorang ulama’ muktabar semasa hayatnya, namun hayatnya tidak lama selepas diserang oleh kumpulan Komunis. Ulama’-ulama’ di situ dibunuh, disembelih dan sebagainya tanpa belas ihsan.

Habib Salim juga pernah dipenjarakan oleh pihak Komunis yang juga mahu membunuh semua ulama’-ulama’ yang ada ketika itu. Namun begitu, Allah Maha Berkuasa dan apa yang saya kagum dengan Habib ini, walau pun diseksa dengan teruk sekali, namun ilmu di dada tetap tidak hilang,dan ini telah diceritakan oleh beliau sendiri, beliau kehilangan banyak ilmu setelah di seksa oleh komunis, kerana serangan mental telah dikenakan terhadap beliau sepanjang dalam tahanan.

Amalan-amalan Habib Salim yang sempat dikongsi:
1-solat sunat terawih sebanyak 100 rakaat semalam.
2-Zikirullah setiap masa
3-senantiasa bersangka baik walau apa jua keadaan pun.
4-senantiasa beristighfar kerana kita tidak tahu perbuatan kita itu diterima atau tidak.

Akhir sekali, semoga program ini akan dapat diteruskan ke tempat-tempat yang lain bagi merealisasikan usaha-usaha dakwah Rasulullah S.A.W.. semoga Allah mempermudahkan segala usaha Ulama’-ulama’ ini. Ameen……

TAK TAU NAK CITER PE

(Bersama sahabat-sahabat dari kuantan dan gombak, sempat bergambar sebelum balik ke kampus)

Tak tau nak citer pe, so just nak share rehlah kitorang yang baru ni dekat Kem Sri Rhaudah.Sempat lagi ber’rehlah’ dengan sahabat-sahabat satu bacth yang dari kampus Kuantan, almaklum, sem ni terakhir untuk bacth kita orang bersama..macam sedih pulak, tapi itulah asam garam berkawan dan bersahabat. Rehlah kitaorang sekejap je, sembang-sembang, pastu sambung ber’Bbq’ kat uia plak. Malam ber’bbq’ pun camtu gak, nampak heppy, tapi sedar-sedar ni bbq last kitaorg wat as undergraduate student kat uia ni.……

(control sume, weir, hawari n abe. cube teka siapa yang nmpk cam x mandi lagi)

Ape pun, saje nak share, so skang saya tgh wat formula networking untuk kebaikan diri sendiri, sahabat-sahabat dan orang lain. Fikir punye fikir, akhirnya still xdapt jawapan lagi, tapi dah nampak dah, sebab p, dalam quran suh kita “taffakarun”..berfikirlah, seperti mana Imam Syafie kata” Fikir itu adalah Pelita hati”…..ok,itu je yang saya leh merapu for entri kali ni……..

Tuesday, November 18, 2008

minyak turun

Apakah jaminan pihak kerajaan terhadap pengawalan harga barang makanan asasi dengan pengumuman penurunan harga minyak yang diumumkan semalam??
Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan(ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Berita sebegini amatlah di tunggu-tunggu kan oleh semua rakyat Malaysia kini kerana harga bahan api inilah yang menjadi ‘benchmark’ kepada harga-harga barang yang lain kini. Namun demikian, pastinya pengumuman ini menjadi satu masalah kepada peniaga-peniaga dalam untuk mengaut keuntungan yang tinggi ketika harga bahan api ini meningkat sebelum ini.

Kalau mengikut skala penurunan bahan api ini sebenarnya, ia bukanlah mengikut kadar penurunan harga minyak dunia, tetapi MORE tend to the politics di dalam negara kita. Berdasarkan fakta yang diperoleh, ia menunjukkan hasil keuntungan negara kita ini dibahagikan kepada tiga, iaitu, rakyat, negara dan pemimpin negara yang berhaluan kanan dengan parti pemerintah. Oleh itu, perkembangan ekonomi serantau ketika ini bakal menjadi ancaman kepada pemimpin negara ketika ini.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi dunia ;pada masa kini, dengan bermulanya kelembapan ekonomi negara paling berkuasa pada ketika ini iaitu Amerika Syarikat yang pertama dalam sejarahnya menunjukkan kadar penurunan hasilnya yang begitu teruk. Mungkin dengan penarikan balik Dasar luar BUSH akan memperbaiki ekonomi serantau Amerika selepas tindakan yang baru akan diambil oleh pengganti baru Bush yang nampak lebih mementingkan kedamaian iaitu Barrack Hussein Obama.

Seterusnya, kesan itu dapat kita lihat kepada Ekonomi Asia serantau yang menunjukkan kepada penurunan dan semakin hampir kepada kemelesetan ekonomi dunia yang pernah melanda ekonomi dunia sekitar akhir 1996 hingga 1997. Di samping itu, antara negara Asia yang sudah mengalami mimpi ngeri pada ketika ini ialah Jepun. Sebuah negara yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia pada suatu ketika dulu kini mengalami kemelesetan ekonomi yang paling teruk semenjak 7 tahun yang lepas.

Berbalik kepada isu ekonomi di dalam ekonomi negara, sebagai rakyat yang sentiasa prihatin dari pemimpin negara ini, saya beranggapan bahawa pemimpin negara perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara sebelum negara kita bakal jatuh untuk kali seterusnya kerana kemelesetan ekonomi dunia sedangkan kita juga perlu sedar negara kita ‘still’ kaya dengan bahan mentah yang bermutu dan mempunyai ‘demand’ yang tinggi di peringkat pasaran dunia.

Setakat ini dulu pandangan saya, kita sambung balik untuk entri akan datang…..selamat



tak tau tajuk pe

Alhamdulilah, exam habis, syukur sangat-sangat. so leh fikir planning lain plak.. sebenarnya banyak program dan aktiviti masa cuti ni, so, kena fikir elok-elok, pastikan masa yang Allah kurniakan sebaiknya, bak kata orang, “Berfikirlah kamu walau sekejap”
Besarnya anugerah berfikir ni tuan-tuan. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Em, semenjak exam 3 minggu lepas ni banyak pulak isu –isu yang menarik yang terjadi yang boleh dikatakan sengaja diada-adakankan, atau terjadi dengan sengaja atau tidak sengaja. Walau apa pun, sempat jugakla saya meng’update’ kan isu yang hangat di oversea sana, “Obama vs Mccain”. Buka internet, memang banyak perkara dan isu yang sentuh topik ni, termasuklah dalam majalah langganan tahunan saya “TIMES”. Boleh dikatakan setiap minggu isu ini dimainkan, sehinggakan siap ada special edition lagi tu.

Walau apa pun, untuk entri kali ni saya tak nak komen apa-apa berkenaan dengan isu Obama lagi, tunggu entri special edition saya untuk isu Obama ni. Okay, Musim raya dah habis, tunggu Raya Haji pulak, tapi sambutan Raya haji tidaklah semeriah Raya baru ni, Pepun, bukan isu raya yang saya nak bawak ni ,tapi isu NIKOH. Biasalah musim cuti sekolah katakan, bila lagi masa yang sesuai nak kumpulkan semua anak-beranak sekali.

InsyaAllah, tunggu entri episod lain, yang bertajuk Nikah kahwin. Sebenarnya banyak benda nak coretkan kat dalam blog ni, tapi, Almaklum, lama tak update.okay..jumpa next episod.