Petua

Dua nikmat yang tidak akan kenyang di dunia ini:
mencari harta dunia dan mencari ilmu

Monday, September 29, 2008

Selamat hari raya buat warga kota


(bergambar dengan pengacara RTM, di KLCentral..)

Selamat kembali ke kampung halaman buat warga kota, dalam keriuhan orang ramai hendak pulang ke kampung masing-masing, satu lagi pengalaman baru yang ‘sweet’;Hehe, bila hendak pulang ke kampung baru-baru ni, saya dan sahabat baik, Suffian, sempat lagi ditemu ramah oleh pihak RTM beberapa minit secara “live” berkenaan balik kampung”…oo..Sebenarnya banyak je point dalam kepala ni nak bercakap, tapi, masa cukup cemburu dengan saya agaknya…”walau apa pun, satu pengalaman yang manis bagi saya.. dan saya ucapkan terima kasih banyak kepada saudari Nadiah,(dekda)..mungkin kerana dia saya dan Suffian dapat masuk tv secara live kali ni.

Kalau kita fikir biasa, maybe, its just for fun, But if you are thinking like lateral thinker, its seem like the only opportunity that you have sangat sedikit dan kecil, tetapi kesan yang boleh dihasilkan adalah amat menakjubkan, khulasahnya..tunggu..nantikan agenda saya selepas ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat hari raya kepada semua, mohon ampun, maaf zahir dan batin..

Thursday, September 25, 2008

Malam-malam terakhir ramadhan di UIA

(Moreh yang jd hidangan malam tu)

Sudah menjadi kebiasaan saya dan rakan-rakan mencari port(tempat) baru untuk mencuba makanan-makanan yang ada di jual sekitar UIA.” Malam semalam selepas menguruskan bas-bas yang hendak pulang ke Terengganu, Kedah, dan Kelantan, tiba-tiba saje perut ini rasa macam kena isi…so, kitaorang pun p la ke satu tempat yang agak famous la di kalangan bro UIA, yang bestnya moreh malam itu lain dari biasa…..”

(slups.....rasa nak tambah satu lagi)



Sebelum itu, ketua kumpulan, or (group leader) saudara Nabil, yang ditugaskan mengurus bas-bas yang hendak pulang beraya ke kampung (kedah), dibantu oleh sabat baik nya AFIFI,.kalau hendak di ikutkan memang penat nak uruskan kerenah-kerenah orang yang hendak balik beraya ni. Namun begitu, saya tetap memuji kedua-dua sababat saya itu kerana setelah 4 tahun menguruskan kerja yang hampir sama setiap tahun, tetapi mereka masih mampu bertahan dan beristiqamah dengan kerja yang mulia itu.. teruskan….


(bersama sahabat, ex prsdent SRC)


Jadi pada malam itu, sebagai menghargai keringat mereka ini, saya mengajak mereka mencuba moreh menu yang baru, iaitu kerang bakar…Slups…menjilat jari... Best, Kerang Bakar dengan Teh Tarik kurang manis…
“Pepun,makan, makan jugak, ingat ramadhan tak abis lagi, jom iktiqaf kat masjid UIA”

Ifthar Suksis

(bergambar sebelum balik...kenangan terakhir)

Bersempena Bulan Ramdhan pada kali ini, pihak SUKSIS UIAM telah menganjurkan Ifthar Suksis yang telah di adakan di Dewan Besar (CAC UIAM) pada hari Ahad yang lepas. Majlis dimulakan dengan ucapan-ucapan VIP, yang di jemput khas dari Bukit Aman, dan seterusnya persembahan kumpulan-kumpulan nasyid yang agak famous di UIA ini.

(inspektor2 yang datang)

Untuk pengetahuan ,majlis itu juga merupakan program terakhir buat kami yang sudah bergelar sebagai Inspektor-inspektor (tuan-tuan). Pelbagai kerenah kawan-kawan yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatan kami di dalam Polis(SUKSIS) ini selama 3 tahun, jadinya, program ifthar baru-baru ini merupakan gathering buat batch kami setelah di tauliahkan sebagai inpektor yang telah di adakan di USM pada bulan Jun yang lepas.


( bersama my support group,cam president suksis plak),

Bagi saya, kesempatan ini perlu digunakan sebaiknya untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan mengenai cerita-cerita yang menarik, almaklum, 3 tahun bersama, ukhwah kami bagaikan air yang dicincang tidak akan putus, InsyaAllah,selain itu saya mengambil kesempatan itu untuk membuat “networking” dengan kawan2 untuk pada masa yang akan datang.

(sempat bergambar dengan sume, amacam?)

Selain itu, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jurulatih2 (Cik lokman,cik Nazri, cik Wan, cik ramli dan Cik Bahrin) kami yang selama ini mampu bertahan untuk menjaga kami dari awal hingga penghujungnya.

Untuk akhirnya, saya mengucapkan Selamat menghayati malam2 terakhir Ramdhan dan SELAMAT HARI RAYA buat pegawai-pegawai sekalian. Ukhwah disemai, Budimu tetap dikenang…..CEPAT DAN BETUL

(bersama teman baik )



QUIZ Current Issue

(bergambar selepas berhempas pulas nak menang)

Rugi kiranya kalau belajar di Uia tanpa mencuba sesuatu yang baru, Baru2 ni, EMSS ada menganjurkan competition Current Issue untuk student-student UIAM..Seperti biasa, saya ditemani sahabat baik saya Hafiz bad, kami sebenarnya mempunyai 2 objektif apabila menyertai pertandinagan tersebut, iaitu,nak test power dan yang kedua, mencari pengalaman yang baru. Namun Begitu, takdir Allah telah mengaturkan segala-galanya, Tanpa disedari, program tersebut menawarkan hadiah berupa wang tunai…Hm….
Setelah 6 jam berhempas pulas, memerah otak, mengingati fakta-fakta, akta-akta, nombor-nombor, teori-teori, nama-nama,objek-objek dan banyak lagilah…huis… pening jugakla…akhirnya dengan persediaan yang sederhana kami akhirnya akur untuk berada di tempat yang ketiga dari 7 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut..



(cuba lagi next time, never give up)

Bagi saya ia nya satu pengalaman yang menarik kerana pengalaman seperti ini memang sukar dicari apabila grad nanti. Secara peribadi saya berpuas hati dengan pencapaian ini namun sedikit terkilan apabila menyedari performance kami menurun ketika pertandingan sudah hampir ke kemuncaknya. Kami tewas di peringkat terakhir..Takdir Allah segala-galanya,hanya habuan Rm 50 berjaya dibawa pulang..”pepun, permulaan yang baik bagiku”teruskan

Monday, September 22, 2008






Ifthar lagi.


Pertama kali berkesempatan makan bersama pemimpin no satu Terengganu. Yang Berhormat, Dato’ Seri Ahmad Said , Menteri Besar Terenggganu, di Balai Felda. Program tersebut berjaya menarik crow seramai 500 orang peserta dari seluruh universiti lembah kelang ,pelajar-pelajar dan perantauan…
(amacam?pemimpin bersama rakyat)

Mereka yang hadir malam tersebut pastinya kagum dengan gaya-gaya pemimpin korporat Terengganu ini, apa tidaknya, informasi primer dari YB sendiri ada mengatakan Terengganu akan tetap menjadi negeri contoh kepada semua terutama dalam bidang pendidikan..Tidak kurang hebatanya, kerajaan negeri akan memberikan dana pinjaman kepada 100 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Antarabangsa di dalam bidang Perubatan.
c

(bersama student MA and student Syariah, Syawal n hafiz)cc
Sebelum berangkat pulang, sempat saya bergambar dengan pemimpin no 1 Terengganu ini.pastinya kenangan manis ini menjadi ingatan dan sebagai motivasi untuk saya berfikir ‘beyond the bounty”..setiap mission akan menjadi possible…
(kete sendiri takde lagi)
c

Forum antikorupsi




Alhamdulillah, EMSS berjaya melangkah satu lagi step ke depan.. baru-baru ini, satu forum yang bertajuk Antikorupsi dan pilih pemimpin bersih telah berjaya membuktikan pelajar-pelajar di uia ini terutama di kuliyah Ekonomi dahagakan diskusi ilmiah. Forum tersebut berjaya menampilkan penceramah-penceramah yang sedang meningkat naik di dalam dan di luar UIA, antara speakernya,saudara Nazri, (wakil GERAK), Lawsoc, dan Kelab Wawasan..

Sebagai menghargai kedatangan penonton yang hadir, mereka dijamukan dengan Ifthar yang telah disediakan oleh pihak komiti-komiti EMSS. Sebagai penasihat kepada program tersebut, saya berpendapat, program seperti ini perlu diteruskan pada masa yang akan datang, dan cuba membawa kelainan yang mampu memberikan info terkini kepada warga UIAM..Walaubagaimanapun. Syabas saya ucapkan…Teruskan EMSS.





Agm Src


Alhamdulillah, akhirnya SRC di bawah kepimpinan saudara Adib Hatim menutup tirai pada Jumaat yang lepas. Desas –desus yang mengatakan SRC pada tenure kali ini tidak buat kerja or tidak perform akhirnya terjawab, AGM pada Jumaat lepas menjawab segala-galanya. Secara peribadi , saya memuji kepada semua exco src kerana penat lelah anda semua akhirnya berhasil, dan hasilnya kita boleh lihat dan insya-Allah isu yang di cater oleh mereka ini telah menampakkan hasil. Walau bagaimanapun syabas kepada SRC sekali lagi……



(exco sister src -tenang je)

Namun begitu, saya tertarik dengan satu isu ketika AGM yang sedang berlangsung, iaitu laporan dari biro akademik yang mengatakan SRC adalah pengantara, bukan hamba kepada student, jadi, ini menunjukkan ada segelintir Exco yang masih lagi tidak faham dengan tanggungjawab dan kepercayaan dari student-student UIA ini walaupun mereka ini dah habis masanaya…..
Dalam pada itu, terima kasih kepada KBS2 lain yang menghantar wakil mereka ke AGM tersebut, seperti IRKSS, LAWSOC, ENGIN SOC dan saya sendiri wakil dari EMSS..Sebagai tanda penghargaan kepada SRC, kami KBS2 mengucapakan tahniah kerana kerjasama sepanjang tenure ini amat memberangsangkan..

(bersama president Maaruf Club_ridwan bakar)

Tuesday, September 16, 2008

c





Salam,Badar AlQubra…


Pada 14hb September baru-baru ni, bersama-sama dengan 3 orang menteri besar,Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yb Dato’ seri Ir Nizar , dan Ustaz Azizan yang bertempat di Markaz pas Taman Melewar. Seramai 3 ribu orang pendokong dan penyokong yang hadir pada malam tersebut dapat menyaksikan gandingan ulama’ dan umara’ yang berjaya membawa satu gelombang “pas untuk semua” .Keadilan dituntut, keamanan terjaga, bangsa berdaulat, dan Agama menjadi teras akidah kehidupan….


Dengan dimulakan dengan ceramah yang disampaikan Yb dato’ Seri Ir Nizar, kata-kata beliau bagaikan Harimau berantai yang putus rantainya bejaya memukau seluruh hadirin yang hadir pada malam itu,ketangkasan pidatonya mengambarkan Pas dapat melahirkan Golongan profesional yang berqualiti yang mampu membawa obor islam di merata tempat….

Tn guru Hj Abdul Hadi , President Pas juga tidak ketinggalan memberikan ceramah beliau, Ucapan selama 30 minit dan diisikan dengan kisah-kisah perjuangan dan mutiara kata yang membakar semangat hadirin pada malam itu.” Tidak salah kita cintakan kepada bangsa, yang salah adalah kita menjadikan kecintaan itu kepada akidah kita.”dan kisah kehebatan Tentera Islam yang berjaya menewaskan tentera Tartar yang diyakini kekuatan mereka adalah mustahil dapat dikalahkan ole mana-mana tentera pada ketika itu. Peristiwa tersebut berlaku di bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini.

Semoga doa-doa ulama’ di dalam perjuangan ini akan sentiasa bersama-sama dengan keberkatan kehidupan kita….

Saturday, September 13, 2008

ahlan wassalm

assalamualaikum,

selamat berkunjung ke blog saya yang baru di updatekan...dengan nama yang baru, imej yang baru dan berkonsepkan kontemporari.